Ya Allah, Ya Rabb, Jadikan aku gadis yang mulia Semulia diri Maryam.., Jadikan aku wanita Faqihah Sebijak minda Aisyah..,
Jadikan aku perempuan tabah Sekukuh hati Asiah..,
Jadikan aku serikandi kebanggaan Sehebat jiwa Sumayyah..,
Jadikan aku isteri solehah Setulus hati Khadijah..,
Semoga aku berjaya Menjadi hiasan indah Seanggun akhlak Rabiatul Adawiyyah..,
Jadikan aku Perempuan dan kekasih Idaman setiap kalbu KecintaanMu....AMEEN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.....
Alhamdulillah...setelah lama membiarkan blog usang ini sepi tanpa bicara pena,hari nie dpt ana mencuri sedikit mase untuk menconteng sesuatu....sekadar perkongsian kegembiraan yg dikurniakan Yang Maha Esa,,,Alhamdulillah.....
Subhanallah....setelah lama mengiimpikan sebuah "kehidupan baru" di bumi yang penuh barakah....akhirnya dengan izin Allah Azzawa jalla....ana dan sahabat2 selamat mendarat di bumi Anbiya, pada 13 september 2010....Subhanallah....Maha suci Allah Yang Maha Mengetahui akan hati2 hambaNYa,,,,Syukran Ya Rahman ....kerna memberi kesempatan kpd kami untuk menjejakkan kaki di "ArduL KiNaNah"....
Namun...disebalik kegembiraan itu..tercalit sedikit kegusaran untuk menghadapi mehnahMu disini....oleh itu wahai Rabbul Izzati...Ku tadahkan tanganku memohon pertolongan dariMU...agar dikurniakan ketabahan,kekuatan dan ketenangan dlm jiwa dan hati kami..agar bisa untuk kami menghdapi segala macam ujian dariMU.....kerna kami yakin bahawa Engkaulah Sebaik2 Penolong....
Ya Muhaimin...kukuhkanlah ukhuwah antara kami...peliharalah tiap2 satu dari kami...agar iman kami tidak goyah di saat kami memperjuangkan ilmuMu....kurniakanlah ilmu yang bermanfaat pada kami..kuatkanlah ingatan kami.... agar bisa untuk kami menghafal ayat-ayat suciMu....thabatkanlah hati kami agar istiqomah dimedan perjuanganMu...
jadikanlah kami antara hambaMu yang Engkau redhai....agar kejayaan yang kami hajati..Engkau sulami dengan bunga-bunga rahmat dan keberkatanMU....
Semoga "kehidupan baru" ini akan menjadikan kami hamba2Nya yang sering bersyukur dengan nikmat kurniaanNya...yang sedar akan tanggungjawab sebagai seorang hambaNya yang berilmu agama....untuk kembali menyinari tanah air tercinta dengan warna-warni cahaya keislaman.....agar bi'ah solehah terus menghiasi kehidupan seorang muslim dan muslimah supaya kita sentiasa berada dibawah payung rahmatNya..serta mnjadi insan solehah,mukminah juga mutmainnah........InsyaAllah....
Ya AllahEngkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu Bertemu untuk mematuhi perintah Mu Bersatu memikul beban dakwah Mu Hati-hati ini telah mengikat janji setia.. untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini Tunjukkanlah kepada hati-hati ini.. akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini.. dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu Hidup suburkanlah hati-hati ini.. dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati Maka matikanlah pemilik hati-hati ini.. sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
"Wahai orang yang beriman,diwajibkan keatasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelummu, semoga kamu bertaqwa." surah AlBaqarah ayat 183
Subhanallah..Alhamdulillah...Allahuakbar....sedar x sedar skrg kte sudah berada diambang pengakhiran Ramadhan...Maha Suci Allah yang telah mengurniakan umur yang setahun lebih panjang dengan mengurniakan kita sekali lagi Ramadhan, untuk kita koreksi diri, pertambahkan iman dan persiapkan kekuatan dan bekalan diri menuju syurga firdausi....INSYAALLAH..
Apabila Rasulullah saw melihat anak bulan Rejab, baginda berdoa yang bermaksud:-
Ya Allah, rahmatilah kami dengan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan kepada kami Ramadhan. (Hadith riwayat at-Tabrani dan Ahmad)
Betapa besar kurniaan Allah kepada kita di dalam bulan Ramadhan, dimana Rasulullah telah mengajarkan kita untuk berdoa agar kita dihidupkan sehingga sampai bulan Ramadhan, supaya bulan itu dimanfaatkan untuk kita menjadi seorang hamba yang patuh kepadaNya.
Sebagaimana yang kita dimaklumi, amal kebajikan akan diganjarkan setingkat lebih tinggi jika ia dilakukan pada bulan Ramadhan. Yang sunat diberi pahala wajib. Yang wajib digandakan dengan gandaan sesuai dengan kurniaan Allah swt Yang Maha Kaya.
Rasulullah SAW memberi penekanan dengan menjelaskan kemuliaan Ramadan melalui satu khutbah Baginda iaitu :
“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan iaitu bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan di mana Allah jadikan puasa adalah kefarduan dan qiyam pada malamnya adalah satu tambahan. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardu di bulan yang lain. Ramadan adalah bulan memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan daripada api neraka.�
Ketika Ramadhan menjelang, Rasulullah saw bersabda bermaksud,
“Wahai manusia, menjelang tiba bulan agung lagi berkat. Bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan mengerjakan amalan Fardhu, seolah-olah dia telah mendapat 70 pahala Fardhu di bulan-bulan yang lain. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan amalam-amalan Sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan-amalan Fardhu di bulan-bulan yang lain. Ia adalah bulan sabar. Ia adalah bulan yang awalnya rahmat, tengahnya keampunan dan akhirnya selamat dari Neraka…” (Riwayat Ibn Khuzaimah)
Subhanallah...MasyaAllah..Maha Suci Allah yang bersifat Ar Rahman dan Ar Rahim...begitu banyak sekali nikmat yang dikurniakanNya kepada kita bahkan bukan sahaja nikmat ganjaran pahala...malah nikmat kesihatan turut dikurniakan kepada kita umat Islam... Alhamdulillah...
Sebagai contoh,pada tahun 1984, Dr Soliman dari Universiti Hospital di Amman telah melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 orang wanita islam yang berpuasa di bulan ramadhan.Darah mereka telah diperiksa bagi mengenalpasti kadar cortisol,testosterone,sodium,potassium,urea,glucose,cholesterol dan asid lemak. Pada masa yang sama, berat badan mereka ditimbang diawal dan diakhir ramadhan.
Sementara itu, di university Sains Perubatan Tehran pula,Dr.F.Azizi dan rakan-rakannya telah membuat kajian ke atas Sembilan orang lelaki yang berpuasa di bulan ramadhan. Pemeriksaan darah bagi mengukur kadar glucose,bilirubin,calcium,phosphorus,protein,albumin,follicle stimulating hormone,thyroid stimulating hormone,testosterone,prolactin,lutenising hormone,thyroxine-4 dan thyroxine-3 telah dilakukan sebelum ramdhan dan pada hari kesepuluh,kedua puluh dan kedua puluh Sembilan ramadhan. Di samping itu,berat badan mereka juga ditimbang…
Subhanallah….ujian-ujian ini menunjukkan dan membuktikkan puasa dapat menurunkan paras gula dalam darah ke tahap yang rendah tanpa mendatangkan sebarang kemudharatan. Kadar kolesterol yang memudharatkan iaitu kolesterol LDL (low density lipoprotein) menurun dan sebaliknya kolesterol baik iaitu kolesterol HDL (high density lipoprotein) meningkat. Manakala paras lemak di dalam darah secara umumnya jugs menurun.
Maka kajian-kajian ini telah membuktikan bahawa puasa dibulan ramadhan tidak sama sekali memudharatkan kesihatan,malah sebaliknya ia member kesan yang baik kepada metabolism badan sekali gus mencegah serangan pelbagai penyakit terutamanya yang berkaitan dengan lebihan gula dan lemak. Hal ini disebutkan di dalam Islamic Perspective in Medicine oleh DR.Shahid Athar terbitan American Trust Publications,Indianapolis…
Namun begitu harus diingat bahawa…seandainya kita menjadikan berbuka Itu adalah satu medan untuk mengqada’kan “kelaparan” dan “kehausan” ketika berpuasa..maka sia-sialah puasa kita dan puasa bukan lagi memberi kebaikan bahkan mungkin memberi kemudharatn kepada kita kerna kerakusan kita berbuka dengan berlebih-lebihan… Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan....Firman Allah Subhanahuwataala…
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah disetiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”.(QS. Al A`raaf : 31)
Oleh itu sahabat sohabiah sekalian...
Betapa Ar Rahim nya DIA...kepada hamba-hambaNYA..sehingga setiap sesuatu yang dijadikanNYA diatas muka bumiNya ini..adalah suatu nikmat yang mana disebalik semua kejadian yang diciptakanNYA terselit berbagai-bagai hikmah untuk kita agar kita menjadi hambaNya yang bertaqwa...InsyaAllah....
Ayuh sahabat..,sama-sama kita memanfaatkan sisa-sisa ramadhan yang masih berbaki ini...agar kita bisa melewati malam yang diimpikan oleh semua umat islam yakni MALAM LAILATUL QADR...agar kita tergolong dalam hamba-hambaNYa yang beruntung seterusnya diredhai oleh ALLAH S.W.T sekaligus dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada ALLAH Azza wa Jalla....INSYAALLAH.....Ameen...
Ya AllAh Permudhkanlah Pmbljrn ku ini..agar aku Bisa Mencelup berjuta IlmuMu...KAU tnangknlh mindaKu, agar aku bisa brkayuh diatas bumiMU ini..KAU suciknlh Hati dan fikiranku agar bisa mneghafaz Ayat2 SuciMU..KAU tanmkan kasih dan sayangKU pada Keluargaku..teman2 seperjuangnKU serta semaiknalh CINTAKU hanya UntukMU...agar bisa ku merasai manisnya hidupku BeRsamaMU...ALLAHURABBI...
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar
dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.” -Riwayat Abu Daud.
Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil. kita pula bagaimana????
Ramai yang berkata: "Aku tidak mampu nak berdakwah lagi, kerana aku bukannya orang baik pun." Sepatutnya anda perlu menyahut kata2 ini "أصلحْ نفسك وادعُ غيرك" (Perbaikilah diri kamu dan dakwahlah orang lain)... Sila buktikan... bilakah tarikh & waktu anda akan menjadi baik? Saya bimbang... belum pun sempat kita berada di tarikh yang dirancangkan, tiba2 rumah yang mempunyai dua tiang sudah menjadi milik kita..
HaTiKu MiLikNya
PenCinTa SyaHID
BoikoT YahuDi
PaLesTiN diHatiKu
Kami yakin,saudara-saudara seIslam kami masih dapat membantu kami.Kami yakin saudara seakidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya.Kami yakin juga,saudara seakidah kami di seluruh dunia akan dapat membantu kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam.Persoalannya, DIMANAKAH saudara-saudara kami? DIMANAKAH mereka di kala kami memerlukan mereka?
Aku bukanlah sesetia Khadijah…, Menenangkan suami ketika gundah…, Menyokong teguh tanpa rebah …., Aku juga tidak semulia Fatimah Az-zahrah…, Menjadi penghulu di mahligai indah …, Tenang hatinya tanpa keluh kesah …, Aku bukan jua sepemurah Aisyah.., Mencari harta untuk disedekah .., Hidupnya hanya berbakti di jalan Allah.., Aku tidak jua seteguh Sumayyah …, Imannya menjulang gelaran syahidah …, Demi jihad fi sabilillah …, Tak mampu untuk aku menyaingi Rabiatul Adawiyah…, Tanpa cintaMu jiwanya resah …, Rindu menggunung tinggi hanya pada Kekasih…,
Ya Rabbul Izzati.. Hanya padaMu aku merintih…, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.., Jadikanlah aku seorang kekasih …, Damai bersemayam di mahligai kasih…, Di dalamnya tiada resah gelisah …, Yang ada hanyalah perhiasan indah…,
Wahai Tuhankua yang Maha Pemurah …, Aku hanyalah insan yang lemah…, Yang ku harap hanyalah maghfirah…, Jadikanlah aku puteri solehah …, Penyejuk hati ibu dan ayah …, Berbakti pada suami sebagai isteri solehah…, Bidadarinya di syurga hiasan dunia terindah …, Ku Mengharap redhaMu duhai Kekasih …, Impianku hanya satu…
Bila hilang punca
-
Bismillah Wal Hamdulillah
3.30 am . 4.4.2021
Terus Tak jadi lelap Kan mata, bila sikecik Ni tetiba meraung (mimpi apa
la).. dah peluk tepuk tidur balik...
Program campak ular
-
Assalammualaikum..
Gerun tengok aktiviti jati diri campak ular..
Tak terbayang perasaan adik2 kecik tu..
Yes..
Aktiviti2 jati diri memang perlu dilakukan..
...
Perkongsian : Hujan
-
Bismillahirrahmanirrahim.
Teringat 2 bulan lepas, kami suami isteri menaiki motor dengan anakanda
Amir Solihin. Hajat nak ziarah anak sepupu di Hospital Se...
KONSEP TAAKHI SUNNAH RASULULLAH S.A.W
-
KAHERAH, 25 Julai 2014 – Pihak Keluarga Penuntut- penuntut Terengganu (KPT)
Mesir sesi 2013/2014 telah mengadakan program sempena ketibaan 10 malam
ter...
The Power Of Russian Kettlebell
-
Known as Giry, the Russian Kettlebell a cannonball with a flat bottom and a
handle to form. Throughout history there has been a fantastic tool of
force, so...
Shoutul Amal Comeback!
-
Pernah dengar lagu shoutul Amal? Sejak tahun 1998,, dan kini mereka buat
comeback...jom dengar ulasan Pengerusi Eksekutif Shoutul amal
-
Surah Yusuf : Harga Sebuah Kesabaran
Pengarang kitab tafsir kontemporari berjudul “Fi Zilalil Quran”, Sayyid
Qutb menyatakan bahawa antara surah yang A...