fatayat

Monday, July 4, 2011

Membalas Titah Khas ke Bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong. Masalah kita tidak sama!


Ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong,

Ampun Tuanku,

Saya ingatkan Tuanku tidak perasan apa berlaku dikalangan rakyat, rupanya sangkaan saya silap. 

Tuanku, walau bagaimanapun apa yang Tuanku nampak mungkin tidak sama dengan apa kami (Rakyat) nampak. Apa yang Tuanku rasai, sudah pasti sama sekali tidak sama dengan apa yang kami (Rakyat) rasai. Tuanku tinggal di istana yang tersedia hasil daripada keringat kami, rakyat jelata. Sedangkan kami rakyat jelata memerah keringat dan bergadai nyawa untuk mencari sesuap nasi. Apakah Tuanku tahu? Mungkin tidak saya kira!

Ampun Tuanku, 

Kami (Rakyat) terdiri dari kaum petani, nelayan, buruh kasar, pekerja kilang adalah golongan miskin dalam negara yang kaya! Apakah Tuanku tahu?. Mungkin tidak saya rasakan!

Tuanku, saya kira Tuanku telah berusaha untuk memahami kami (Rakyat) jelata, tetapi malangnya Tuanku hanya mendengar dari satu pihak. Apa yang Tuanku dengar bukan suara rakyat tetapi suara dan pandangan songsang daripada pemimpin yang zalim. 

Ampun Tuanku, 

Apakah Tuanku tidak pernah dengar tentang peristiwa ini? juga kes seperti ini? atau penyelewengan seperti ini?. Lebih dari itu, apa Tuanku tidak dapat merasai sayunya hati mereka yang dikhianati seperti ini?

Di bawah titipan titah Tuanku, saya paparkan apa yang rakyat hajati. Rakyat dahagakan pilihanraya yang adil kerna keadilan telah dikhianati oleh pemimpin Umno yang zalim! Bagaimana mungkin Tuanku dapat menitahkan sesuatu yang tepat jika Tuanku mendengar daripada Perdana Menteri yang diragui kejujurannya!  

Ampun Tuanku,

Saya amat berharap Tuanku luangkan sedikit waktu untuk mendengar apa yang dikatakan oleh rakyat ini, dengarlah Tuanku!

Saya tidak sekali-kali menyalahkan Tuanku kerna hidup Tuanku di Istana dan mampu untuk berkereta mewah seperti ini, manakala hidup saya di teratak usang!. Tuanku, Kami akan bangkit, kami menuntut keadilan dan kami menentang kezaliman demi Agama kami, Negara kami dan Maruah kami! 

Ampun Tuanku!
Mohd Sofi Yassin,
 
 
fatayat
Bismillahirrahmanirrahim....
 Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam...Yang menciptakan langit dan bumi dan seluruh isi dunia....selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W... serta kaum kerabat baginda...serta para sahabt,tabie,dan tabie tabien n salafussoleh.... alhamdulillah....setelah lama menyepi...Allah Taala memberi ruang utk ana terus menulis..walaupun hakikatnya bukanlah ana org yg arif dlm bab ini..cuma sekadar perkongsian ilmu yg cetek yg dpt ana kongsikan dgn shbt2 diluar sana..terutama utk kaum hawa.... kerana Nabi S.A.W telah berpesan...." Ballighu anni wa lau ayat.." sampaikanlah dari ku walaupun satu ayat... 


Hari ini kita melihat....semakin ramai kaum hawa yang  hanyut dibuai arus gelombang duniawi yg semakin melalaikan.....mereka semakin asyik dgn santapan2 yg dihidangkan oleh musuh2 islam buat mereka...sehingga lupa akan hakikat fitrah seorang muslimah yang penuh dgn sifat malu. sopan dan santunnya... namun hari ini dgn mudah kaum hawa diperlekeh dan diperkotak- katikkan.... jauh menyimpang dari risalah kebenaran yang dibawa oleh NABI S.A.W.... dizaman jahiliyyah.. kita melihat bagaimana.. kaum hawa ditindas dan dihina.. saat dtgnya Nabi pembawa Rahmat ke seluruh alam.. dgn Islam yg Mulia.. ia membawa sinar baru buat kaum hawa..martabat kaum hawa di angkat... tp hari ini.. sejarah berulang kembali.. dgn mudah kaum hawa dipermainkan dan dipertontonkan tanpa ada rasa malu dan harga diri yang tinggi..

Hari demi hari... yahudi laknatullah tidak serik meracuni fikiran umat islam dgn racun perosak minda dan akal..
setelah puas mrk merasuk umat islam dgn hiburan2 yg melalaikan.. kini meraka menyesatkan umat Nabi Muhammad dgn program2 yg berbentuk keagamaan tapi manyimpang dari landasan Alquran dan hadis nabawiyyah. Sabda Nabi S.A.W
“Bahawasanya wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar rumah dia diperhatikan atau diintipkan oleh shaitan”   (al-Tirmidhi)

Hari ini kita digembar gemburkan dgn program realiti tv "ustazah pilihan".. cukup- cukup indah namanya..
Tetapi syg sekali... ISLAM X MENGHALALKAN CARA.. benar program ini bertujuan utk mengasuh bakat dan melahirkan ramai ustazah dalam industri dakwah.. namun dari sudut perlaksanna program ini tidak kena pada caranya.. bagaimana mungkin kita boleh mempamerkan muslimah2 ini dihadapan khalayak ramai, sdgkan Aishah isteri baginda meletakkan hijab (tabir) ketika mengajar para sahabat.. lebih2 lagi kita semua ma'ruf, hakikat suara wanita itu adalah lembut kerana fitrah seorang wanita penuh dgn kelembutan dan keayuaan.. benar program ini hanya dipelopori olh kaum hawa...dari peserta, juri shinggalah kepada penonton studio.. tp boleh kan anda yakin 100% bahawa kaum adam tidak akn menontonnya di luar studio saat ia di tayangkn??? adkh anda yakin bhw jurukamera rncgn ini adalah juga kaum hawa???

Ingatlah Amaran  Allah S.W.T :-
فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً
Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32) 

Para ulama tafsir  menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) 



Sudah terang lagi brsuluh..akan peringatan Allah Diatas.. bagaimana AlLah memberi amaran kepada kaum hawa agar tidak mudah meremeh2 kan hal diri mereka.. agar x sewenang2nya mempertonton dan menjual harga diri mereka...
 Sedarlah wahai kaumku akan sabda Nabi S.A.W:

        " Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih membawa mudharat kepada lelaki, selain wanita"

Oleh itu wahai kaumku diluar sana.. duduk sejenak berfikir akan baik buruknya hal ini.. jgn mudah kita menerima tanpa kita mendalami hukum hakam ssuatu perkara.. sedarlah bahawa muslimah itu begitu berharga.. dan sebaik2 muslimah adalah tersembunyi... dn hanya dipertontonkan  utk suami,... dakwah itu tidak salah, tapi caranya yg harus dijaga agar tidak lari  dr apa yg diajar oleh islam... jadilah ustazah utk kaum hawa dan anak2 penyambung perjuangan Nabi S.A.w..... wallahuallam....

fatayat
   CEBISAN QALAM INDAH IMAM HASSAN ALBANNA 

  Perbaikilah dirimu disamping kamu menyeru seseorg kepada kebaikan.
  Kita akan memerangi manusia dengan senjata kasih sayang.
  Sesungguhnya kebahagian itu adlh impian yg diimpi-impikan oleh sekalian manusia.Oleh demikian,ianya terletak pada ketulusan hati sanubari mereka,dan ianya tidak dtg dari luar hati mereka sekali-kali.
  Nafsu yg berada dalam diri kamu itu adalah sasaran utama bagi kamu.Jika kamu berjaya menundukkannya , maka untuk yang selainnya itu adalah lebih mudah.
  Sesungguhnya ummah yg sentiasa menyempurnakan amalan didalam persediaannya untuk mati  dan mereka tahu bagaimana cara yang paling baik untuk mati sebagai seorang yang mulia,mereka itu mencagarkan kepada Allah akan kehidupan dunia yang amat disayangi itu, serta mengharapkan kenikmatan kekal abadi di akhirat kelak. Dan tidaklah perasaan al-wahn yg menimpa diri kita melainkan ianya berpunca dari kecintaan terhadap duniawi serta bencikan kematian. Oleh itu hendaklah kamu mempersiapkan diri kamu dengan amalan mulia ini (mati syahid), serta hendaklah kamu berasa haloba terhadap kesyahidan itu. Nescaya ia akan memberi kepadamu kemuncak kehidupan yang sebenar-benarnya (hidup di alam akhirat nanti).
  Ketahuilah olehmu bahawa kematian itu adalah suatu yang pasti dan ianya hanya berlaku sekali sahaja. Jadi kamu jadikanlah ia (kematian) itu di jalan Allah, maka ia adalah keuntungan di dunia serta ganjarannya di akhirat. Dan apa yang menimpa kamu, itu semua adalah ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah bagi kamu.
  Ketahuilah olehmu bahawa untuk mencapai kematian yang mulia, kamu terpaksa mngorbankan kesenangan dunia ini,Maka Allah akan memberikannya(syahid) kepadamu,sekiranya kamu merebut kemulian syahid dijalannya.
  Hindarilah kamu oleh sifat cepat berputus asa,kerana berputus asa itu bukanlah dari akhlak org islam. 
  Kekanglah rontaan hawa nafsumu dengan pandangan akal fikiranmu, dan terangilah akal fikiranmu dgn nyalaan naluri kamu dan selongkarilah hakikat kebenaran di alam khayalan kamu yang diibaratkan seperti kilat yg menyambar ( ayat alQuran : wala tamiilu kullal mailu illa kal mua'llaqoh). Dan jgnlah kamu melawan arus kehidupan, nscaya kamu akan tewas. Tetapi kuasailah ia, dan ubahkan ia kearah yg betul, di samping kamu meminta pertolongan  di dlm mghadapinya dgn setengah yg lain. Dan perhatikanlah akan saat kemenangan itu krn ia tidaklah jauh darimu.
  Maka diatas tonggak kakuatan itu, dibina padanya asas keutuhan kamu. Dan perbaikilah dirimu dan tumpukanlah akan seruan dakwah kamu serta pimpinkanlah umat ini kearah kebaikan, disamping ingatlah bahawasanya Allah sentiasa bersamamu dan DIA sekali-kali tidak mensia-siakn amalanmu.

fatayat
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM.......
Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah
mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah :

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar shalat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka olehanaknya.
 


2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim,seperti tidak pernah lalai shalat, puasa tidak ketinggalan. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga saudara wanita jatuh ke pangkuan abang-abangnya.
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu berbuat kemungkaran, pengumpat, & sebagainya, maka anak itu akan ditanya dan diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah atau suami atau abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah SWT; “Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu…”Harga seorang muslim adalah sangatberharga. Allah SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (siapa pun yang mengucapkan kalimah tauhid), oleh kerana itu janganlah kita membuang atau tidak mengindahkan janji dan peluang yang Allah SWT berikan kepada kita.

....wallahuallam........

sumber:muwasofat tarbiyyah
fatayat
بسم الله الرحمن الرحيم 

Alhamdulillah...hari ini kite melihat...satu suara kebangkitan rakyat telah berjaya menjatuhkan seorang pemimpin kuku besi yang telah menzalimi rakyatnya setelah bertahun-tahun lamanya...ini menandakan bahawa..umat islam  hari ini telah membuka mata mereka....telah terjaga dek tidur yg penuh dengan mimpi2 kosong...mimpi2 yg dicipta, oleh mereka yg pentigkn periuk nasi kaum kerabat mereka sahaja...

Hari ini kita melihat...kejayaan Rakyat Mesir menumbangkan pemerintahnya yang telah menzalimi mreka selama 30 tahun...Yg selama ini memberi harapan palsu kpd mereka...yg selama ini menjanjikan beribu2 mcm janji2 kosong....kononnya akan membantu membasmi kemiskinan rakyat...padahal mrk lebih memntingkn kekenyangan perut mereka sahaja....

Wahai sahabatku sekelian....
Umat Islam selama ini,telah  dibalut dengan gejala ketamadunan moden,... dibakar oleh api revolusi sex dan diancam oleh pertentangan gejala kebinatangan telah mengancam kewujudan, akhlak dan pemikiran manusia.Kita selama ini telah diracuni degn pemikiran barat...yg telah menjauhkn diri kte dr mengenali n mengamali agama islam itu sendiri...

Maka hari ini..kita perlu bngkit...sebagaimana bangkitnya rakyat Tunisia,Mesir,Algeria dll...bgkt menegakkn yg haq....bgkit membanteras segala agenda2 YAHUDI LAKNATULLAH...bgkt menumbgkn BONEKA2 YAHUDI....yg slma ini telh meracuni pemikirn umt islam....

Saudaraku...sebenarnya,kita mampu utk berdiri diatas kaki kite sendiri...kita mampu utk menentang penjajahan ideologi oleh bangsa yahudi....kte mmpu utk memadmkn sgl bentuk api kezaliman....kita mampu utk secekal AlFateh dlm menakluk kota konstantinople...kita mampu utk setabah Salahuddin Ayubi dlm menanawan Baitulmaqdis..jika...... kite semua bersatu...bersatu dr segenap penjuru....bersatu, utk maju kehadpn.... membawa panji ISLAM...
Seorang ulama berkata :
Sesungguhnya tampilnya islam karena tampilnya umat,
tampilnya umat karena tampilnya pemuda, dan tampilnya pemuda karena kebaikan
akhlaq
-wallahuallam-
Related Posts with Thumbnails