Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts
fatayat

Monday, July 4, 2011

Membalas Titah Khas ke Bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong. Masalah kita tidak sama!


Ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong,

Ampun Tuanku,

Saya ingatkan Tuanku tidak perasan apa berlaku dikalangan rakyat, rupanya sangkaan saya silap. 

Tuanku, walau bagaimanapun apa yang Tuanku nampak mungkin tidak sama dengan apa kami (Rakyat) nampak. Apa yang Tuanku rasai, sudah pasti sama sekali tidak sama dengan apa yang kami (Rakyat) rasai. Tuanku tinggal di istana yang tersedia hasil daripada keringat kami, rakyat jelata. Sedangkan kami rakyat jelata memerah keringat dan bergadai nyawa untuk mencari sesuap nasi. Apakah Tuanku tahu? Mungkin tidak saya kira!

Ampun Tuanku, 

Kami (Rakyat) terdiri dari kaum petani, nelayan, buruh kasar, pekerja kilang adalah golongan miskin dalam negara yang kaya! Apakah Tuanku tahu?. Mungkin tidak saya rasakan!

Tuanku, saya kira Tuanku telah berusaha untuk memahami kami (Rakyat) jelata, tetapi malangnya Tuanku hanya mendengar dari satu pihak. Apa yang Tuanku dengar bukan suara rakyat tetapi suara dan pandangan songsang daripada pemimpin yang zalim. 

Ampun Tuanku, 

Apakah Tuanku tidak pernah dengar tentang peristiwa ini? juga kes seperti ini? atau penyelewengan seperti ini?. Lebih dari itu, apa Tuanku tidak dapat merasai sayunya hati mereka yang dikhianati seperti ini?

Di bawah titipan titah Tuanku, saya paparkan apa yang rakyat hajati. Rakyat dahagakan pilihanraya yang adil kerna keadilan telah dikhianati oleh pemimpin Umno yang zalim! Bagaimana mungkin Tuanku dapat menitahkan sesuatu yang tepat jika Tuanku mendengar daripada Perdana Menteri yang diragui kejujurannya!  

Ampun Tuanku,

Saya amat berharap Tuanku luangkan sedikit waktu untuk mendengar apa yang dikatakan oleh rakyat ini, dengarlah Tuanku!

Saya tidak sekali-kali menyalahkan Tuanku kerna hidup Tuanku di Istana dan mampu untuk berkereta mewah seperti ini, manakala hidup saya di teratak usang!. Tuanku, Kami akan bangkit, kami menuntut keadilan dan kami menentang kezaliman demi Agama kami, Negara kami dan Maruah kami! 

Ampun Tuanku!
Mohd Sofi Yassin,
 
 
fatayat

Wahai tetamu Ramadhan..,
Jadikan Ramadhan sbg 
Universiti yg Mengajar KULIAH2 Ibadah,
Tutorial2 IMAN,
AssiGnmEnt2 TAQWA,
&
Amali2 ISLAMI...
Carilah Rahmat dan Makhfirah,
Alirkan airmata TAUBAT,
DenDangkan TADARUS KALAMULLAH,
Selimuti Dirimu dgn TARAWIH,
BANTALkan kepalamu dgn SUJUD TAHAJJUD,
MOga dikau mewarisi JANNAH....
AMEEN....


  SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA




fatayat
DAPATKAN ALBUM TERBARU HIJJAZ DIPASARAN SEKARANG!!! MENAMPILKAN 11 LAGU YANG HEBAT... JANGAN KETINGGALAN...
GURINDAM BERKASIH
EMBUN HIDAYAH
SATU AMANAH
SYUKUR PADAMU
RATU NIL (YUKABID)
NERACA DIRI
ALA BALADI
ENGKAU INSAN SEMPURNA
KEKASIH AGUNG 1431
ISLAM,IMAN DAN EHSAN
KALIMAH UTAMA...
fatayat

Asalamualaikum whb..... coretan ini khas untuk semua..yang ingin menyambung pelajaran ke bumi anbiya'..

Sebagaimana antum semua tahu bahawasanya Ardul Kinanah ini bumi yang penuh barakah...
Jadi..untuk ke sana perlu kita semua persiapkan diri dari pelbagai aspek... dari niat kita yang utamanya..sehinggalah kepada kewangan yang diperlukan untuk menampung sara hidup disana...Tapi..jgn dkhuatiri akan kwangan kerana,..andai niat kita betul2 ikhlas untuk menmba ilmu Allah Taala demi masa dpan islam..InsyaAllah...DIA akan memprmudhkan pjlanan kita semua...InsyaAllah..... Dsini ana bawakan untuk antum semua berkenaan Imtihan Qabul.....

IMTIHAN QABUL

Published on Sunday, April 4, 2010 in imtihan qabul

Sebuah peperiksaan mengejut telah diadakan pada tahun 2009 buat pertama kalinya untuk para pelajar Malaysia, Imtihan ini akan diadakan sebelum seorang mahasiswa itu layak memasuki kuliah yang dikehendaki .

Sekiranya pelajar tersebut tidak berjaya melepasi peperiksaan ini, beliau dikehendaki untuk memasuki kelas persediaan selama setahun di Kaherah.

Oleh itu, saya mengharapkan agar para calon mahasiswa Al-Azhar dapat bersedia dengan kemungkinan diadakan lagi imtihan ini pada tahun 2010 dan berikutnya.DSC00183 (2)

Peperiksaan ini menguji 3 aspek : 1) Ilmu yang dipelajari di STAM 2) Mendengar dan menulis 3) Bercakap dalam bahasa arab


Namun begitu, janganlah para calon mahasiswa bimbang kerana, soalan yang dikemukakan itu tidaklah terlalu payah dan tidak juga terlalu senang, Universiti Al-Azhar telah menilai peperiksaan ini dengan sebaik mungkin.

Bagi saya, saya merasai keputusan mengadakan Imtihan ini adalah keputusan yang terbaik. Cuba anda bayangkan.. jika anda berjaya memasuki Al-Azhar tanpa mengetahui bahawa anda belum ada kemahiran Mendengar percakapan pensyarah, memahami bahasa arab, dan bercakap dalam bahasa Arab, anda pastinya akan gagal dalam peperiksaan tahun pertama , dan telah mengalami kerugian selama satu tahun,
Keputusan peperiksaan tersebut dibahagikan kepada 3 : 1) Najah - Lulus dan layak memasuki Universiti Al-Azhar tanpa syarat 2) Daurah Saifiyyah - Lulus dan layak memasuki Universiti Al-Azhar dengan syarat perlu mengikuti kursus bahasa yang disediakan oleh Al-Azhar semasa musim cuti semester. 3) Rasib - Gagal.

jika anda tidak lulus didalam ujian tersebut, anda akan diasah dan dididik den
gan teliti oleh para pensyarah Al-Azhar dan anda akan mengalami satu tahun yang bermakna dan berguna..

Tetapi jangan pula mengharapkan kegagalan dalam ujian tersebut, kerana anda amat beruntung jika berjaya melepasi ujian tersebut kerana anda telah berjaya menjadi seorang Mahasiswa Al-Azhar.

untuk mengetahui lebih lanjut..layarilah..http://al-azhar-university.blogspot.com
fatayat




MABRUK ALAIH....

tahniah buat pokju n che su coz dikurniakan baby yang comel...
bertambahlah cucu tok yerk..heheee....
nanti kena tambah duit rayer...
Buat Adawiyah Nur Alisya binti faizul hisyam...bila besar nanti budak baek tau..i.Allah....


alhamdulillah...selamat jugak baby comel nie dilahirkan...
syukur pada Sang Pencipta kerana memberi peluang buat HambaNya ini untuk melihat dunia ciptaanNya...semoga menjadi seorang Insan yang memartabatkan islam....INSYAALLAH...
Related Posts with Thumbnails