fatayat

Asalamualaikum whb..... coretan ini khas untuk semua..yang ingin menyambung pelajaran ke bumi anbiya'..

Sebagaimana antum semua tahu bahawasanya Ardul Kinanah ini bumi yang penuh barakah...
Jadi..untuk ke sana perlu kita semua persiapkan diri dari pelbagai aspek... dari niat kita yang utamanya..sehinggalah kepada kewangan yang diperlukan untuk menampung sara hidup disana...Tapi..jgn dkhuatiri akan kwangan kerana,..andai niat kita betul2 ikhlas untuk menmba ilmu Allah Taala demi masa dpan islam..InsyaAllah...DIA akan memprmudhkan pjlanan kita semua...InsyaAllah..... Dsini ana bawakan untuk antum semua berkenaan Imtihan Qabul.....

IMTIHAN QABUL

Published on Sunday, April 4, 2010 in imtihan qabul

Sebuah peperiksaan mengejut telah diadakan pada tahun 2009 buat pertama kalinya untuk para pelajar Malaysia, Imtihan ini akan diadakan sebelum seorang mahasiswa itu layak memasuki kuliah yang dikehendaki .

Sekiranya pelajar tersebut tidak berjaya melepasi peperiksaan ini, beliau dikehendaki untuk memasuki kelas persediaan selama setahun di Kaherah.

Oleh itu, saya mengharapkan agar para calon mahasiswa Al-Azhar dapat bersedia dengan kemungkinan diadakan lagi imtihan ini pada tahun 2010 dan berikutnya.DSC00183 (2)

Peperiksaan ini menguji 3 aspek : 1) Ilmu yang dipelajari di STAM 2) Mendengar dan menulis 3) Bercakap dalam bahasa arab


Namun begitu, janganlah para calon mahasiswa bimbang kerana, soalan yang dikemukakan itu tidaklah terlalu payah dan tidak juga terlalu senang, Universiti Al-Azhar telah menilai peperiksaan ini dengan sebaik mungkin.

Bagi saya, saya merasai keputusan mengadakan Imtihan ini adalah keputusan yang terbaik. Cuba anda bayangkan.. jika anda berjaya memasuki Al-Azhar tanpa mengetahui bahawa anda belum ada kemahiran Mendengar percakapan pensyarah, memahami bahasa arab, dan bercakap dalam bahasa Arab, anda pastinya akan gagal dalam peperiksaan tahun pertama , dan telah mengalami kerugian selama satu tahun,
Keputusan peperiksaan tersebut dibahagikan kepada 3 : 1) Najah - Lulus dan layak memasuki Universiti Al-Azhar tanpa syarat 2) Daurah Saifiyyah - Lulus dan layak memasuki Universiti Al-Azhar dengan syarat perlu mengikuti kursus bahasa yang disediakan oleh Al-Azhar semasa musim cuti semester. 3) Rasib - Gagal.

jika anda tidak lulus didalam ujian tersebut, anda akan diasah dan dididik den
gan teliti oleh para pensyarah Al-Azhar dan anda akan mengalami satu tahun yang bermakna dan berguna..

Tetapi jangan pula mengharapkan kegagalan dalam ujian tersebut, kerana anda amat beruntung jika berjaya melepasi ujian tersebut kerana anda telah berjaya menjadi seorang Mahasiswa Al-Azhar.

untuk mengetahui lebih lanjut..layarilah..http://al-azhar-university.blogspot.com
Label: edit post
0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails