fatayat



Sejarah telah memaparkan kepada kita, bahawa islam suatu abad dahulu telah tersebar ke seantero dunia. Islam yang telah dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W telah menyinari satu pertiga dunia bermula dari timur ke barat, utara sehingga ke selatan. Islam umpama obor penyelamat umat dari kegelapan, kebatilan dan kejahilan. Nabi Muhammad S.A.W adalah penawar bagi umat manusia setelah sekian lama mereka melayari kehidupan tanpa arah tujuan dan pegangan.

 Sirah perjuang Rasulullah S.A.W serta para sahabat baginda telah mengingatkan kita bahawa, perjalanan mencari redha Sang Pencipta bukanlah dihamparkan dengan permaidani merah bahkan dibentangi duri dan darah. Kita lihat, bagaimana perjuangan nabi dan para sahabat dalam mendaulatkan kalimatul haq, mereka  tidak dihujani emas dan perak,bahkan mereka dilontari batu,makian,cacian dan kebencian. Kerana ketabahan mereka yang berbekalkan keimanan inilah, hari ini kita mampu menikmati dan merasai ajaran islam. Cukup bertuah kita terpilih  dilahirkan dalam islam. Namun pernahkah kita menyelak tabir sirah perjuangan umat terdahulu,untuk dijadikan  ibrah,pedoman dan ikutan, agar generasi akan datang turut merasai kenikmatan islam.

 Masihkah kita ingat bagaimana Nabi Muhammad S.A.W dihina, dicaci dan disakiti untuk menyebarkan dakwah  islam. Baginda terpaksa mengikat perutnya, menahan kelaparan demi melihat umatnya kenyang dengan keimanan dan ketaqwaan. Baginda dan sahabat berdepan dengan ancaman dan ugutan dari musuh islam yang benci kepada risalah kebenaran yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Mereka telah merancang berbagai-bagai siri pembunuhan untuk membunuh baginda S.A.W. Namun, dengan nusrah dan kekuasaan Allah S.W.T, tidak akan ada satu tangan pun yang  mampu menjayakan misi tersebut.

Sekitar tahun 622 masihi bersamaan 1 hijrah, nabi dan umat islam telah berhijrah ke Madinah dan akhirnya tertegaklah Negara islam yang pertama didunia dan Nabi diangkat menjadi pemimpin Islam pertama. Nabi telah meribatkan tali persaudaraan diantara kaum Ansar dan Muhajirin serta membangunkan masjid sebagai pusat perkembangan agama dan politik. Hari demi hari, jumlah umat islam semakin bertambah. Maka bermulalah bibit-bibit kegemilangan islam. Walaupun begitu, semakin islam ditegakkan, semakin hebat  ujian dari Allah S.W.T. Ia merupakan suatu tarbiyyah dari Allah S.W.T untuk menambahkan keimanan, ketaqwaan dan kebergantungan mereka kepada Yang Maha Esa. Benarlah Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut :

الم [1] احسب النّاس أن يتركوا أن يقولوا ءامنّا وهم لا يفتنون [2]


Maksudnya : Alif Lam Mim (1) Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? (2)

Tanggal 17 ramadhan 2 hijrah,berlakunya perang badar yang menjadi perang pertama yang dimenangi umat islam menentang kebatilan. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah.  Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentera yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka.  Dengan keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan, ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam.  Tidak  ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahNya dan menjauhi laranganNya. Tidak cukup dengan perang Badar, umat islam terus menerus berdepan dengan pertempuran yang dasyat seperti perang uhud, perang khandak ,perang mu’tah dan sebagainya. Natijah didikan madrasah tarbiyyah dari Nabi S.A.W, para sahabat semakin yakin dengan janji Allah S.W.T dan semakin membakar api semangat perjuangan mereka untuk menegakkan islam. Syahid,  impian mereka.

Keizzahan islam semakin terserlah dengan kejayaan baginda dan para sahabat dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah. Setelah sekian lama Nabi dan sahabat Muhajirin memendam rasa meninggalkan tanah kelahiran mereka, akhirnya dengan izin Allah S.W.T  kerinduan mereka terubat. Mekah kembali menjadi hak umat islam.  Empayar islam semakin meluas di era  pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W.

Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W, perjuangan baginda diteruskan  dengan gagasan pemerintahan sistem Khalifah Islamiyah iaitu kepimpinan Khulafa’ Ar Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan Kerajaan Bani Uthmaniyah. Zaman ketamadunan ini melalui satu perjalanan pembinaan, perkembangan dan kejatuhan yang sangat panjang.  Islam telah menyebarkan haruman wangiannya kesegenap penjuru dunia. Perkembangan ilmu semakin pesat dizaman kerajaan Bani Umaiyah, terutama di era pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Islam semakin kukuh terpasak, seteguh Cordova dibumi Andalusia. Namun, islam itu umpama roda. Sekejap diatas, sekejap dibawah. Ketika pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah, kaum salib telah menguasai Jurusalem dengan bantuan golongan Fatimiyah. Mereka menyebarkan pengaruh dengan menakluki Tripoli dan sebahagian dari Syria. Namun kekuatan mereka tidak bertahan lama, apabila Allah S.W.T telah menghadirkan seorang mujadid, Salahuddin Al Ayubi  yang telah membasmi segala fahaman fatimiyah di Mesir dan membersihkan Azhar sekaligus telah berjaya menawan kembali Kota Jurusalem dari tangan kotor kaum salib.

Islam telah melalui saat tawa dan tangisnya. Tidaklah ketamadunan islam itu dapat bertapak dengan kukuh tanpa halangan dari pihak musuh. Setelah melalui era ketamadunan yang panjang, umat Islam mengalami kemunduran dan perpecahan di kalangan mereka. Akhirnya ketamadunan Islam mengalami saat-saat keruntuhan dan kehancuran yang amat memilukan hati dan jiwa umat Islam seluruh dunia. 3 Mac 1924 Masihi merupakan tarikh kesedihan dan saat  memilukan umat Islam.  Pada tarikh ini, runtuh dan berakhirnya sebuah empayar Islam yang selama ini memayungi pemerintahan kerajaan Islam di seluruh dunia. Kerajaan islam Khilafah Turki Uthmaniyyah telah ditumbangkan oleh ejen barat, Kamal Attarturk dan semenjak itu lenyaplah benteng kekuatan  umat islam.Satu persatu Negara islam dipisahkan dan dikuasai  barat sehingga ke hari ini.

Maka bermulalah era penjajahan ideologi kotor yahudi dan sekutunya keatas umat islam. Umat islam semakin lupa dan alpa dek leka dengan budaya hedonisme yang dibawa oleh yahudi laknatullah. Mereka dibalut dengan gejala ketamadunan moden, dibakar oleh api revolusi sex dan diancam oleh pertentangan gejala kebinatangan yang mengancam kewujudan, akhlak dan pemikiran manusia.  Kezaliman  dan penangkapan serta penyembelihan umat islam semakin berleluasa. Umat islam semakin lemah dan hilang kesatuan mereka. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya  dan  tidak mampu melawan kekuatan musuh. Namun begitu, sejauh mana pun islam dikecam, Allah tetap akan memeliharanya. Seramai mana pun umat dan ulama islam dibunuh, Allah akan gantikan dengan golongan yang lain yang akan terus menegakkan yang makruf dan menentang kemungkaran. Sebagaimana Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

لا تزال طائفة من امتى يقاتلون على الحق ظاهرين الى يوم القيامة
Maksudnya: “ Akan terus wujud segolongan umatku yang berjuang secara berterus terang sehingga ke Hari Kiamat”.

Dasawarsa ini,umat islam kembali sedar dari lena yang panjang. Mereka sedar bahawa selama ini mereka ibarat lembu yang dicucuk hidung, duduk dibawah telunjuk manusia yang rakus dengan kemewahan. Sejarah kembali berulang. Umat islam bangkit menentang kezaliman dan penindasan. Satu demi satu  Negara Arab telah berdiri menegakkan pendirian dan kebebasan mereka. Bermula dari Tunisia, Mesir,Libya,Yaman dan sekarang Syria. Kesedaran islam sudah mula tercerna dalam hati dan jiwa umat islam serta pemuda islam. Mereka semakin yakin dengan janji Allah S.W.T bahawa jahiliyah pasti akan runtuh dibawah kekuatan islam. Fajar islam kembali menyising.

Kita lihat, bagaimana Negara-negara arab pada hari ini telah bermandi darah dan berhujankan peluru demi sebuah kebebasan. Mereka sanggup meredah ranting-ranting kesedihan dan kesakitan untuk melihat generasi akan datang dapat mengenal pokok iman, islam dan ihsan. Mereka hanya berbekalkan keimanan dan keyakinan serta pengharapan kepada Rabbul Alam. Sedangkan musuh bersenjatakan alatan moden yang bermacam-macam. Hasil dari pengorbanan dan kesatuan mereka, maka detik ini, kita melihat sebahagian Negara arab telah dipimpin oleh umat islam yang berlandaskan manhaj ketuhanan. Itulah kemenangan buat umat islam.

Maka sayugia kita jadikan peristiwa ini sebagai  inspirasi  untuk memulakan reformasi membebaskan watan dari musuh islam. Kita harus yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir  alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala." Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32).  Sehebat manapun tentangan dari musuh islam, islam pasti akan tertegak. Namun sejauh mana usaha kita untuk menegakkannya. Bukannya sekadar ditegakkan dibibir bahkan perlulah ditegakkan didalam hati sanubari. Sebagaimana kalam imam Hassan Hudaibi, “Tegakkan islam dalam diri kamu, nescaya akan tertegak dibumi”. Wallahua’lam.



Nukilan,
Hamba yang Fakir.
24/2/2012.
0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails