fatayat
   CEBISAN QALAM INDAH IMAM HASSAN ALBANNA 

  Perbaikilah dirimu disamping kamu menyeru seseorg kepada kebaikan.
  Kita akan memerangi manusia dengan senjata kasih sayang.
  Sesungguhnya kebahagian itu adlh impian yg diimpi-impikan oleh sekalian manusia.Oleh demikian,ianya terletak pada ketulusan hati sanubari mereka,dan ianya tidak dtg dari luar hati mereka sekali-kali.
  Nafsu yg berada dalam diri kamu itu adalah sasaran utama bagi kamu.Jika kamu berjaya menundukkannya , maka untuk yang selainnya itu adalah lebih mudah.
  Sesungguhnya ummah yg sentiasa menyempurnakan amalan didalam persediaannya untuk mati  dan mereka tahu bagaimana cara yang paling baik untuk mati sebagai seorang yang mulia,mereka itu mencagarkan kepada Allah akan kehidupan dunia yang amat disayangi itu, serta mengharapkan kenikmatan kekal abadi di akhirat kelak. Dan tidaklah perasaan al-wahn yg menimpa diri kita melainkan ianya berpunca dari kecintaan terhadap duniawi serta bencikan kematian. Oleh itu hendaklah kamu mempersiapkan diri kamu dengan amalan mulia ini (mati syahid), serta hendaklah kamu berasa haloba terhadap kesyahidan itu. Nescaya ia akan memberi kepadamu kemuncak kehidupan yang sebenar-benarnya (hidup di alam akhirat nanti).
  Ketahuilah olehmu bahawa kematian itu adalah suatu yang pasti dan ianya hanya berlaku sekali sahaja. Jadi kamu jadikanlah ia (kematian) itu di jalan Allah, maka ia adalah keuntungan di dunia serta ganjarannya di akhirat. Dan apa yang menimpa kamu, itu semua adalah ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah bagi kamu.
  Ketahuilah olehmu bahawa untuk mencapai kematian yang mulia, kamu terpaksa mngorbankan kesenangan dunia ini,Maka Allah akan memberikannya(syahid) kepadamu,sekiranya kamu merebut kemulian syahid dijalannya.
  Hindarilah kamu oleh sifat cepat berputus asa,kerana berputus asa itu bukanlah dari akhlak org islam. 
  Kekanglah rontaan hawa nafsumu dengan pandangan akal fikiranmu, dan terangilah akal fikiranmu dgn nyalaan naluri kamu dan selongkarilah hakikat kebenaran di alam khayalan kamu yang diibaratkan seperti kilat yg menyambar ( ayat alQuran : wala tamiilu kullal mailu illa kal mua'llaqoh). Dan jgnlah kamu melawan arus kehidupan, nscaya kamu akan tewas. Tetapi kuasailah ia, dan ubahkan ia kearah yg betul, di samping kamu meminta pertolongan  di dlm mghadapinya dgn setengah yg lain. Dan perhatikanlah akan saat kemenangan itu krn ia tidaklah jauh darimu.
  Maka diatas tonggak kakuatan itu, dibina padanya asas keutuhan kamu. Dan perbaikilah dirimu dan tumpukanlah akan seruan dakwah kamu serta pimpinkanlah umat ini kearah kebaikan, disamping ingatlah bahawasanya Allah sentiasa bersamamu dan DIA sekali-kali tidak mensia-siakn amalanmu.

fatayat
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM.......
Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah
mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah :

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar shalat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka olehanaknya.
 


2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim,seperti tidak pernah lalai shalat, puasa tidak ketinggalan. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga saudara wanita jatuh ke pangkuan abang-abangnya.
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu berbuat kemungkaran, pengumpat, & sebagainya, maka anak itu akan ditanya dan diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah atau suami atau abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah SWT; “Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu…”Harga seorang muslim adalah sangatberharga. Allah SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (siapa pun yang mengucapkan kalimah tauhid), oleh kerana itu janganlah kita membuang atau tidak mengindahkan janji dan peluang yang Allah SWT berikan kepada kita.

....wallahuallam........

sumber:muwasofat tarbiyyah
Related Posts with Thumbnails