fatayat

Setiap muslim yang berhasrat untuk meningkatkan tahap kecintaan dan ketaqwaan terhadap Allah S.W.T. perlu memperbanyakkan syariat harian yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW demi mencapai martabat al-Muqarrabin iaitu mereka yang berjaya menhampirkan diri kepada Sang Pencipta...

Antara amalan2 yang mulia ialah membaca alquran,istighfar,berzikir,berselawat,berdoa dan lain2..ana bawakan buat anntum semua sedikit perkongsian mengenai kelebihan membaca alquran....


1.IBADAH yang PALING UTAMA dari segi BACAAN.

2.PAHALA membaca SATU HURUF daripada ALQURAN:menurut IBN MAJAH digandakan hingga 400 kali dan IBN ALJAUZI pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.. Rasulullah Saw bersabda : “Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dan kebaikan berlipat sepuluh kali” HR. At Tirmidzi

3.BALASAN satu huruf yang dibaca ialah BIDADARI di syurga .

4.Mengikut IBN ABBAS R.A. pembaca alquran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus..

5.SELAMAT dari API NERAKA dan mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat..

6.Pada hari kiamat,alquran menjadi pembela.“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia datang dihari kiamat sebagai syafaat bagi pembacanya”HR.Muslim

7.Pembaca akan memperolehi keamanan didunia dan kemulian di syurga..

8.Membaca sebelum tidur akan mendapat penjagaan malaikat.

9.Membaca secara tadarrus (bergilir-gilir)mendapat ketenangan,rahmat dan dikelilingi oleh malaikat. Rasulullah Saw bersabda : “Tidak satu kaum berkumpul disalah satu rumah Allah membaca kitab-Nya dan mempelajarinya diantara mereka kecuali diturunkan bagi mereka ketenangan, diliputi mereka dengan rahmat dan mereka diliputi malaikat dan Allah menyebutkan pada hamba-hambanya yang ada disisinya” HR.Abu Daud.

10.Mempelajari satu ayat alquran LEBIH BAIK daripada solat sunat 1000 rakaat..


Rasulullah Saw bersabda : “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya”. HR.Bukhari.
0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails