fatayat

Sahabat…
Di medan tarbiyyah inilah kita dipertemukan..,
Tanpa pernah kita impikan…
Apatah lagi merancang…,
Akan ikatan sebuah persahabatan…
Bertunjangkan Aqidah Islam…
Kerna ia adalah suatu ketentuan…

Sahabat…
Ketahuilah bahawa…
Aku amat bersyukur sekali…,
kerna dipertemukan dengan kalian…
Untukku mengenali…,
Erti sebuah PERSAHABATAN…


Sahabat…
Dulu,
seringkali kita bertikam lidah,
Apatah lagi tidak bercakap sepatah..
Tapi,hari ini…
kita sudah berubah..,
Kerna kita sedar akan erti UKHUWWAHFILLAH…,


Sahabat…
Telah banyak perkara kita harungi bersama…,
Suka,duka,
Gurau senda,
Gelak ketawa,
Tangis hiba,
Semua nya mainan biasa…
Buat kita yang berada di medan tarbiyyah…
Agar menjadi insan solehah,mukminah juga mutmainah…,
Kerna kita yakin akan janji NYA buat MUJAHIDAH….…


Sahabat…
Telah banyak kita pelajari…
Untuk menjadi insan yang diredhai..
Oleh itu sodiki…
Akurlah pada perpisahan ini…
Untuk perjuangan yang suci…


Sahabat….,
Sapu lah air mata kesedihan…,
Untuk sebuah perpisahan…,
Demi meneruskan perjuangan…,
Ditempat yang berasingan…,
Untuk kembali berjuang…,
Demi ISLAM yang DIJULANG…..
Agar terpancar senyuman…,
Untuk KEMENANGAN ISLAM…
TAKBIR!!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!



ku dedikasikan puisi ini buat sahabat seperjuangku...sahabat,kalianlah penyinar hidupuku...selamat berpisah sahabatku...selamat berjuang sahabat...

0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails