fatayat

Wahai tetamu Ramadhan..,
Jadikan Ramadhan sbg 
Universiti yg Mengajar KULIAH2 Ibadah,
Tutorial2 IMAN,
AssiGnmEnt2 TAQWA,
&
Amali2 ISLAMI...
Carilah Rahmat dan Makhfirah,
Alirkan airmata TAUBAT,
DenDangkan TADARUS KALAMULLAH,
Selimuti Dirimu dgn TARAWIH,
BANTALkan kepalamu dgn SUJUD TAHAJJUD,
MOga dikau mewarisi JANNAH....
AMEEN....


  SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA




fatayat
siapakah kita?? siapa... yaa..??
Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di 
beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada
yang menjadikan  kehidupan itu iaitu Allah 
Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. 
Maka bertasbihlah segala apa  yang ada 
di  bumi dan langit pada TuhanNya kecuali 
jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
 Orang yang telah mati hatinya  adalah  orang  yang diberi  
petunjuk melalui  ayat-ayat Qur'an,  Hadith dan
 cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan 
di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang 
tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa
Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu 
dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

 Siapakah orang yang kuat?
Orang  yang  kuat  adalah  orang  yang  dapat  menahan  
kemarahannya  ketika  ia  di dalam  kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang  lemah adalah   orang yang  melihat akan kemaksiatan
di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam
hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang  yang  bakhil  lagi  kedekut  adalah  orang  yang  berat  lidahnya  
untuk  membaca selawat  keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca  dan  meneliti  
akan kebesaran  Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran
daripadanya.

 Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang 
baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang  yang  sibuk  adalah  orang  yang  tidak  mengambil  berat  akan  
waktu  solatnya  seolah-olah  ia  mempunyai kerajaan seperti kerajaan 
Nabi Sulaiman a. s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang  yang  mempunyai  senyuman  yang manis  adalah   orang  
yang  di timpa  musibah  lalu  dia  kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.
" Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi  Aku  redhadengan  ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang  
bersendiri lalu  mengingat  akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan 
dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada
dan tidak  loba  akan  kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
 Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat  yang  ada  
sentiasa  menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap  untuk  hari  
kematiannya  kerana  dunia  ini  berusia pendek sedang akhirat kekal abadi



Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha  sekuat  tenaga  
untuk  dunianya  sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang  senantiasa 
mempertingkat  ilmu  agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang  tidak memperdulikan 
akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang  yang  gila  itu  adalah  orang   yang  tidak   sembahyang  kerana  
hanya  dua  syarat   saja  yang memperbolehkan akan seorang itu 
meninggalkan sembahyang, pertama  sekiranya  ia  haid  dan  kedua 
ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun 
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa 
kematian itu berlaku hanya padaorang tua.

 Siapakah orang yang paling cantik?
 Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati 
membawa  amal amal  kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan 
saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang  yang  mempunyai  rumah  yang  sempit   adalah  orang  yang  mati  
tidak  membawa  amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
 Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga 
kelak kerana telah mengunakanakal sewaktu di dunia untuk menghindari 
siksa neraka.
  

JADI SIAPAKAH ANDA????ADAKAH ANDA 
ADALAH SEORANG YANG RUGI KERNA 
TIDAK MENGGUNAKAN AKAL YANG 
DIBERI...???? 
ANDA SEORANG YANG BERTUAH KERNA 
DIKURNIAKAN AKAL UNTUK MEMILIH JALAN 
YANG MEMBAWA ANDA KE SYURGA YANG ABADI...????HA....
TEPUK DADA TANYA IMAN ANDA....
fatayat
Dengan nama Allah yang MAha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk."
Surah An-Nisaa’ Ayat 103,
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya."
 
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain.Umat  Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan kpd kita  ketika di hari pembalasan kelak.Alhamdulillah...Namun,tahukah kita akan sejarah disebalik kewujudan solat ini????
Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan......


SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
 i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari  kegelapan malam.
 ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
 i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
 ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
 iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
 iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
 i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
 ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
 iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
 iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun. 


MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
 i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
 ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
 iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata,  tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat  mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT  menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa  empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
 i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
 ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
 iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
 iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45)
Related Posts with Thumbnails