fatayat
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,syukur kita panjatkan kehadrat Allah yang Maha Berkuasa...,kerana,saat ini,detik ini dan waktu ini,kita masih diberi nyawa, masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumiNYa ini...masih diberi ruang untuk kita menikmati segala macam nikmat yang dikurniakanNya...untuk kita sama2 koreksi diri kita....sejauh mana ketaatan kita pada Sang Pencipta....untuk kita merenung setakat manakah keimanan kita terhadap Yang Maha Kuasa dan settingi manakah pengorbanan yang telah dicurahkan untuk mentaati Allah ta’ala.
Sabda nabi s.a.w, bahawa orang yang bijak dan cerdik ialah mereka yang sentiasa menilai diri mereka dan beramal untuk persediaan selepas kematian. Hisablah amalan kita sebelum ia dihisab. Sudah tentu kita meyakini bahawa Allah tidak menjadikan kita sia-sia.
Firman Allah ta’ala: “Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami.” (al-mukminun: 115)
Sebelum nafas terhenti,sebelum jasad terbujur kaku,sebelum dua nisan menjadi rumah baru...sama2lah kita memohon keampunan dariNya..agar persinggahan sementara kita dibumiNya ini...tidak sia2...agar kita x tergolong dalam kalangan hamba2Nya yang dimurkaiNYa....nauzubillah...
Untuk itu...sempena hari yang penuh kemuliaan ini...sama2lah kita menyambutnya dengan penuh penghayatan bukan dengan penuh makan...agar Eiduladha kali ini..memberi beribu-ribu makna pada kita...agar kita semua menjadi hambaNYa yang sanggup berkorban untukNya...sebagaimana pengorbanan Nabi ibrahim dan anaknya,tidak lupa juga pengorbanan Yukabid untuk perpisahan sementara dengan Nabi Musa...dan ramai lagi...betapa hebatnya pengorbanan mereka dalam mentaati perintah Allah S.W.T....Kita bagaimana???wallahualam..
Oleh itu....sama2lah persiapkanlah diri kita dengan kefahaman agama....sama2lah kita mengikhlaskan diri untuk berkorban demi Islam tercinta....berkorbanlah waktu tidur kita untuk bertahajjud...sujud kepadaNya...berkorbanlah duit kita untuk sebutir nasi buat saudara sesama islam kita...berkorbanlah masa main kita untuk tafaqquh fi diin...dan infakkanlah diri kita pada jalanNya demi agama yang Mulia di sisi Allah S.W.T...InsyaAllah...Wallahuallam....
SALAM EID-AL-ADHA
Post a Comment