Sejarah telah memaparkan kepada kita, bahawa islam suatu abad
dahulu telah tersebar ke seantero dunia. Islam yang telah dibawa oleh junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W telah menyinari satu pertiga dunia bermula dari timur
ke barat, utara sehingga ke selatan. Islam umpama obor penyelamat umat dari
kegelapan, kebatilan dan kejahilan. Nabi Muhammad S.A.W adalah penawar bagi umat
manusia setelah sekian lama mereka melayari kehidupan tanpa arah tujuan dan
pegangan.
Sirah perjuang Rasulullah
S.A.W serta para sahabat baginda telah mengingatkan kita bahawa, perjalanan
mencari redha Sang Pencipta bukanlah dihamparkan dengan permaidani merah bahkan
dibentangi duri dan darah. Kita lihat, bagaimana perjuangan nabi dan para
sahabat dalam mendaulatkan kalimatul haq, mereka tidak dihujani emas dan perak,bahkan mereka
dilontari batu,makian,cacian dan kebencian. Kerana ketabahan mereka yang
berbekalkan keimanan inilah, hari ini kita mampu menikmati dan merasai ajaran
islam. Cukup bertuah kita terpilih
dilahirkan dalam islam. Namun pernahkah kita menyelak tabir sirah perjuangan
umat terdahulu,untuk dijadikan ibrah,pedoman
dan ikutan, agar generasi akan datang turut merasai kenikmatan islam.
Masihkah kita ingat bagaimana
Nabi Muhammad S.A.W dihina, dicaci dan disakiti untuk menyebarkan dakwah islam. Baginda terpaksa mengikat perutnya,
menahan kelaparan demi melihat umatnya kenyang dengan keimanan dan ketaqwaan.
Baginda dan sahabat berdepan dengan ancaman dan ugutan dari musuh islam yang
benci kepada risalah kebenaran yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W. Mereka telah merancang berbagai-bagai siri pembunuhan untuk membunuh
baginda S.A.W. Namun, dengan nusrah dan kekuasaan Allah S.W.T, tidak akan ada
satu tangan pun yang mampu menjayakan
misi tersebut.
Sekitar tahun 622 masihi bersamaan 1 hijrah, nabi dan umat islam
telah berhijrah ke Madinah dan akhirnya tertegaklah Negara islam yang pertama didunia
dan Nabi diangkat menjadi pemimpin Islam pertama. Nabi telah meribatkan tali
persaudaraan diantara kaum Ansar dan Muhajirin serta membangunkan masjid
sebagai pusat perkembangan agama dan politik. Hari demi hari, jumlah umat islam
semakin bertambah. Maka bermulalah bibit-bibit kegemilangan islam. Walaupun
begitu, semakin islam ditegakkan, semakin hebat
ujian dari Allah S.W.T. Ia merupakan suatu tarbiyyah dari Allah S.W.T
untuk menambahkan keimanan, ketaqwaan dan kebergantungan mereka kepada Yang
Maha Esa. Benarlah Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut :
الم [1] احسب النّاس أن يتركوا أن يقولوا ءامنّا وهم لا يفتنون [2]
Maksudnya : Alif Lam Mim (1) Apakah manusia mengira bahawa mereka
akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman,” dan mereka tidak
diuji? (2)
Tanggal 17 ramadhan 2 hijrah,berlakunya perang badar yang menjadi
perang pertama yang dimenangi umat islam menentang kebatilan. Ia merupakan
isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama
Allah. Kemenangan besar kaum muslimin
tidak terletak pada jumlah tentera yang ikut serta tetapi terkandung dalam
kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka.
Dengan keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah
menurunkan bantuan, ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak
ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah
terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahNya dan menjauhi laranganNya. Tidak
cukup dengan perang Badar, umat islam terus menerus berdepan dengan pertempuran
yang dasyat seperti perang uhud, perang khandak ,perang mu’tah dan sebagainya. Natijah
didikan madrasah tarbiyyah dari Nabi S.A.W, para sahabat semakin yakin dengan
janji Allah S.W.T dan semakin membakar api semangat perjuangan mereka untuk
menegakkan islam. Syahid, impian mereka.
Keizzahan islam semakin terserlah dengan kejayaan baginda dan para
sahabat dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah. Setelah sekian lama Nabi dan
sahabat Muhajirin memendam rasa meninggalkan tanah kelahiran mereka, akhirnya
dengan izin Allah S.W.T kerinduan mereka
terubat. Mekah kembali menjadi hak umat islam.
Empayar islam semakin meluas di era
pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W.
Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W, perjuangan baginda diteruskan dengan gagasan pemerintahan sistem Khalifah
Islamiyah iaitu kepimpinan Khulafa’ Ar Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah,
Kerajaan Bani Abbasiyah dan Kerajaan Bani Uthmaniyah. Zaman ketamadunan ini
melalui satu perjalanan pembinaan, perkembangan dan kejatuhan yang sangat
panjang. Islam telah menyebarkan haruman wangiannya kesegenap penjuru
dunia. Perkembangan ilmu semakin pesat dizaman kerajaan Bani Umaiyah, terutama
di era pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Islam semakin kukuh terpasak,
seteguh Cordova dibumi Andalusia. Namun, islam itu umpama roda. Sekejap diatas,
sekejap dibawah. Ketika pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah, kaum salib telah
menguasai Jurusalem dengan bantuan golongan Fatimiyah. Mereka menyebarkan
pengaruh dengan menakluki Tripoli dan sebahagian dari Syria. Namun kekuatan
mereka tidak bertahan lama, apabila Allah S.W.T telah menghadirkan seorang
mujadid, Salahuddin Al Ayubi yang telah
membasmi segala fahaman fatimiyah di Mesir dan membersihkan Azhar sekaligus
telah berjaya menawan kembali Kota Jurusalem dari tangan kotor kaum salib.
Islam telah
melalui saat tawa dan tangisnya. Tidaklah ketamadunan islam itu dapat bertapak dengan
kukuh tanpa halangan dari pihak musuh. Setelah melalui era ketamadunan yang
panjang, umat Islam mengalami kemunduran dan perpecahan di kalangan mereka.
Akhirnya ketamadunan Islam mengalami saat-saat keruntuhan dan kehancuran yang
amat memilukan hati dan jiwa umat Islam seluruh dunia. 3 Mac 1924 Masihi
merupakan tarikh kesedihan dan saat memilukan
umat Islam. Pada tarikh ini, runtuh dan
berakhirnya sebuah empayar Islam yang selama ini memayungi pemerintahan
kerajaan Islam di seluruh dunia. Kerajaan islam Khilafah Turki Uthmaniyyah
telah ditumbangkan oleh ejen barat, Kamal Attarturk dan semenjak itu lenyaplah
benteng kekuatan umat islam.Satu persatu
Negara islam dipisahkan dan dikuasai barat sehingga ke hari ini.
Maka bermulalah
era penjajahan ideologi kotor yahudi dan sekutunya keatas umat islam. Umat
islam semakin lupa dan alpa dek leka dengan budaya hedonisme yang dibawa oleh
yahudi laknatullah. Mereka dibalut dengan gejala ketamadunan moden, dibakar
oleh api revolusi sex dan diancam oleh pertentangan gejala kebinatangan yang
mengancam kewujudan, akhlak dan pemikiran manusia. Kezaliman
dan penangkapan serta penyembelihan umat islam semakin berleluasa. Umat
islam semakin lemah dan hilang kesatuan mereka. Umat Islam seolah-olah telah
hilang taringnya dan tidak mampu melawan kekuatan musuh. Namun
begitu, sejauh mana pun islam dikecam, Allah tetap akan memeliharanya. Seramai
mana pun umat dan ulama islam dibunuh, Allah akan gantikan dengan golongan yang
lain yang akan terus menegakkan yang makruf dan menentang kemungkaran.
Sebagaimana Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
لا تزال طائفة من امتى يقاتلون على الحق ظاهرين الى يوم القيامة
Maksudnya: “
Akan terus wujud segolongan umatku yang berjuang secara berterus terang
sehingga ke Hari Kiamat”.
Dasawarsa ini,umat islam kembali sedar dari lena yang panjang.
Mereka sedar bahawa selama ini mereka ibarat lembu yang dicucuk hidung, duduk
dibawah telunjuk manusia yang rakus dengan kemewahan. Sejarah kembali berulang.
Umat islam bangkit menentang kezaliman dan penindasan. Satu demi satu Negara Arab telah berdiri menegakkan pendirian
dan kebebasan mereka. Bermula dari Tunisia, Mesir,Libya,Yaman dan sekarang
Syria. Kesedaran islam sudah mula tercerna dalam hati dan jiwa umat islam serta
pemuda islam. Mereka semakin yakin dengan janji Allah S.W.T bahawa jahiliyah
pasti akan runtuh dibawah kekuatan islam. Fajar islam kembali menyising.
Kita lihat, bagaimana Negara-negara arab pada hari ini telah
bermandi darah dan berhujankan peluru demi sebuah kebebasan. Mereka sanggup
meredah ranting-ranting kesedihan dan kesakitan untuk melihat generasi akan
datang dapat mengenal pokok iman, islam dan ihsan. Mereka hanya berbekalkan
keimanan dan keyakinan serta pengharapan kepada Rabbul Alam. Sedangkan musuh
bersenjatakan alatan moden yang bermacam-macam. Hasil dari pengorbanan dan
kesatuan mereka, maka detik ini, kita melihat sebahagian Negara arab telah
dipimpin oleh umat islam yang berlandaskan manhaj ketuhanan. Itulah kemenangan
buat umat islam.
Maka sayugia kita jadikan peristiwa ini sebagai inspirasi
untuk memulakan reformasi membebaskan watan dari musuh islam. Kita harus yakin dan tidak berputus asa dengan
janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir
alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya. Firman
Allah Taala." Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut
mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun
orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32). Sehebat manapun tentangan dari musuh islam, islam
pasti akan tertegak. Namun sejauh mana usaha kita untuk menegakkannya. Bukannya
sekadar ditegakkan dibibir bahkan perlulah ditegakkan didalam hati sanubari.
Sebagaimana kalam imam Hassan Hudaibi, “Tegakkan islam dalam diri kamu, nescaya
akan tertegak dibumi”. Wallahua’lam.
Nukilan,
Hamba yang Fakir.
24/2/2012.
fatayat
Assalamuala'ikum warahmatullahi wabarakatuh..
Salam Ukhuwah Fillah saudara se'Iman se'Aqidah Dibawah Naungan Al Qur'an yang di muliakan Allah Swt...
Bismillaahirrahmaanirrahiim...
Saudaraku se'Iman Mari sama Renungkanlah cerita ini.
Seorang wanita berjilbab rapi tampak sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada penghapus.
Sang guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di
tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada penghapus. Jika saya angkat
kapur ini,maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat penghapus ini, maka
berserulah "Penghapus!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Sang guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang
perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Penghapus!",
jika saya angkat penghapus, maka katakanlah "Kapur!".
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok,dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.
"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,
yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun
kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk
menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.
Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus
disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka,akhirnya lambat laun
kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.
Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan
etika."
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,
zina tidak lagi jadi persoalan, paka ian seksi menjadi hal yang lumrah,
sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini
menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi
sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham
cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. " ada
Qur'an yg akan letakkannya di tengah karpet.
Sekarang kalian semua berdiri diluar karpet.
Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di
tengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencoba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.
Akhirnya Sang Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan
ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
"Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam
tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan
menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan
dari pinggir, sehingga anda tidak sadar." "Jika seseorang ingin membuat
rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin
kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar
rumah,tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding
akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu
satu persatu, baru rumah dihancurkan..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.
Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun
anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti
cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan
inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?"
tanya mereka. Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang,
misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak
lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak
akan sedar,akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan,
mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar."
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari
kita berdoa dahulu sebelum pulang..."
Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan
tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya
DAN SEKARANG BAGAIMANA DGN KITA ???
Semoga bermanfaat...kurang lebihnya ada silaf dan salah kata kepada sahabat skalian kami harap ma'af kepada Nya kami mohon ampun...wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
fatayat
Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji dan syukur bagi Allah Tuhan semesta alam, vang telah menurunkan agama Islam menjadi petunjuk bagi Insan. Selawat dan salam sejahtera bagi junjungan kita Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah akhir zaman, bagi keluarganya, sahabatnya dan mereka yang mengikuti sunnahnya sampai hari kemudian.
Setelah sekian lama menyepi, InsyaAllah dengin izinNYa, jari jemari ini akan kembali menari-menari. Lama rasanya tidak menjejaki blog ini lantaran ceteknya ilmu didalam diri. Sedangkan ilmu Allah itu teramat luas, tapi sayanng….tidak ramai hambaNya yang mengambil ihtimam dengan ilmuNya. Disebabkan kurang ilmulah, kita hari ini mudah ditipu dan diperbodohkan oleh musuh islam. Islam dipekecil dan diperlekehkan disebabkan tangan kita sendiri yang menodainya.
Sedarkah kita bahawa selama ini kita sering mengabaikan perintahNYa…. Kita leka dengan permainan dunia yang tidak menjanjikan kebahagiaan untuk kita diakhirat sana…. Kita lupa bahawa destinasi kita seterusnya adalah diakhirat yang kekal buat selamanya… Lupakah kita pada kamus akhirat??? Lupakah kita pada hari pembalasan yang bakal menentukan siapa kita dihadapan Tuhan Pencipta sekelian alam??...Ya Allah… jauhnya kita dari landasanNya….jarangnya kita menutur bait-bait kalamNya…. Sombongnya kita untuk duduk sejenak bermuhasabah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan…. Ya Allah…moga Rahmat dan Pengampunan masih ada buat kami insan yang sering alpa dan lupa…
Sahabat, jika kita menyingkap sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W serta sahabat baginda, betapa sukar dan peritnya mereka dalam menyebarkan islam ke serata dunia. Mereka sanggup meredah api kebencian musuh islam untuk melihat generasi kita hari ini dapat menikmati islam. Lupakah kita dengan pengorbanan mereka???... Sanggupkah kita melepaskan islam yang digenggam erat oleh baginda, semata-mata kerakusan nafsu kita yang durjana???... BENAR… islam pasti akan tertegak,,,cuma cepat atau lambat...bergantung kepada usaha kita untuk mendaulatkannya.
Ingatlah sahabat...perjalanan kehidupan ini hanya sementara... tiada daya kita melainkan semuanya dari Yang Maha Esa...tiada hebatnya kita melainkan kerana islam..sebagaimana kalam saidina Umar Al Khattab..:
" نحن قوم أعزنا الله بالاسلام فاءن ابتغينا العزة غيره أذلنا الله "
kita adalah satu golongan yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan islam,maka seandainya kita mencari kemuliaan selain dari islam, nescaya kita akan dihina oleh Allah S.W.T
Sahabat, musuh islam sering mencari ruang untuk menjatuhkan islam. Maka sayugia kita senantiasa berwaspada dengan ideologi- ideologi yang diwar-warkan mereka untuk memutar belitkan pemikiran kita. Kita tidak mampu melawan mereka melainkan nusrah dari Allah S.W.T. Letakkanlah pengharapan kita hanya padaNya.. InsyaAllah... kemenangan milik kita.. Ingatlah wasiat saidina Umar AlKhattab kepada Saad bin Abi Waqqas, selaku Komander Tentera Islam...
"Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertakwa kepada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya Takwa adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang paling kuat dalam peperangan.
Aku perintahkan engkau dan sesiapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar –benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu jua musuh-musuh kamu. Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka.
Sesunguhnya orang-orang islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah S.W.T. Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka. Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah mereka dan persediaan material kita tidaklah sama berbanding persediaan material yang meeka miliki.
Andai kita jua turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat, nescaya mereka lebih kuat dan hebat dari kita."
Sahabat, ayuh kita mengorak langkah, perbaiki kelemahan diri kita, agar kita mampu menonjolkan keizzahan islam dimata manusia. Marilah kita genggam islam dengan tangan-tangan kita, walaupun jasad dan nyawa kita akan melayang, pasti syurga kan mendatang.Wallahua'lam..