fatayat

Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji dan syukur bagi Allah Tuhan semesta alam, vang telah menurunkan agama Islam menjadi petunjuk bagi Insan. Selawat dan salam sejahtera bagi junjungan kita Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah akhir zaman, bagi keluarganya, sahabatnya dan mereka yang mengikuti sunnahnya sampai hari kemudian.


Setelah sekian lama menyepi, InsyaAllah dengin izinNYa, jari jemari ini akan kembali menari-menari. Lama rasanya tidak menjejaki blog ini lantaran ceteknya ilmu didalam diri. Sedangkan ilmu Allah itu teramat luas, tapi sayanng….tidak ramai hambaNya yang mengambil ihtimam dengan ilmuNya. Disebabkan kurang ilmulah, kita hari ini mudah ditipu dan diperbodohkan oleh musuh islam. Islam dipekecil dan diperlekehkan disebabkan tangan kita sendiri yang menodainya.

Sedarkah kita bahawa selama ini kita sering mengabaikan perintahNYa…. Kita leka dengan permainan dunia yang tidak menjanjikan kebahagiaan untuk kita diakhirat sana…. Kita lupa bahawa destinasi kita seterusnya adalah diakhirat yang kekal buat selamanya… Lupakah kita pada kamus akhirat??? Lupakah kita pada hari pembalasan yang  bakal menentukan siapa kita dihadapan Tuhan Pencipta sekelian alam??...Ya Allah… jauhnya kita dari landasanNya….jarangnya  kita  menutur  bait-bait kalamNya…. Sombongnya kita untuk duduk sejenak bermuhasabah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan…. Ya Allah…moga Rahmat dan Pengampunan masih ada buat kami insan yang sering alpa dan lupa…

Sahabat, jika kita menyingkap sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W serta sahabat baginda, betapa sukar dan peritnya mereka dalam menyebarkan islam ke serata dunia. Mereka sanggup meredah api kebencian musuh islam untuk melihat generasi kita hari ini dapat menikmati islam. Lupakah kita dengan pengorbanan mereka???...  Sanggupkah kita melepaskan islam yang digenggam erat oleh baginda, semata-mata kerakusan nafsu kita yang durjana???... BENAR… islam pasti akan tertegak,,,cuma cepat atau lambat...bergantung kepada usaha kita untuk mendaulatkannya.

Ingatlah sahabat...perjalanan kehidupan ini hanya sementara... tiada daya kita melainkan semuanya dari Yang Maha Esa...tiada hebatnya kita melainkan kerana islam..sebagaimana kalam saidina Umar Al Khattab..: 

         " نحن قوم أعزنا الله بالاسلام فاءن ابتغينا العزة غيره أذلنا الله " 

kita adalah satu golongan yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan islam,maka seandainya kita mencari kemuliaan selain dari islam, nescaya kita akan dihina oleh Allah S.W.T

Sahabat, musuh islam sering mencari ruang untuk menjatuhkan islam. Maka sayugia kita senantiasa  berwaspada dengan ideologi- ideologi yang  diwar-warkan mereka untuk memutar belitkan pemikiran kita. Kita tidak mampu melawan mereka melainkan nusrah dari Allah S.W.T. Letakkanlah pengharapan kita hanya padaNya.. InsyaAllah... kemenangan milik kita.. Ingatlah wasiat saidina Umar AlKhattab kepada Saad  bin Abi Waqqas, selaku Komander Tentera Islam... 

"Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertakwa kepada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya Takwa adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang paling kuat dalam peperangan.

Aku perintahkan engkau dan sesiapa jua yang bersamamu  bahawa kamu mestilah benar –benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu jua musuh-musuh kamu. Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka.

Sesunguhnya orang-orang islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah S.W.T. Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka. Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah mereka dan persediaan material kita tidaklah sama berbanding persediaan material yang meeka miliki.

Andai kita jua turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat, nescaya mereka lebih kuat dan hebat dari kita."

Sahabat, ayuh kita mengorak langkah, perbaiki kelemahan diri kita, agar kita mampu menonjolkan keizzahan islam dimata manusia. Marilah  kita genggam islam dengan tangan-tangan kita, walaupun jasad dan nyawa kita akan melayang, pasti syurga kan mendatang.Wallahua'lam..
Label: edit post
0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails