fatayat
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM.......
Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah
mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah :

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar shalat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka olehanaknya.
 


2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim,seperti tidak pernah lalai shalat, puasa tidak ketinggalan. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga saudara wanita jatuh ke pangkuan abang-abangnya.
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu berbuat kemungkaran, pengumpat, & sebagainya, maka anak itu akan ditanya dan diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah atau suami atau abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah SWT; “Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu…”Harga seorang muslim adalah sangatberharga. Allah SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (siapa pun yang mengucapkan kalimah tauhid), oleh kerana itu janganlah kita membuang atau tidak mengindahkan janji dan peluang yang Allah SWT berikan kepada kita.

....wallahuallam........

sumber:muwasofat tarbiyyah
fatayat
بسم الله الرحمن الرحيم 

Alhamdulillah...hari ini kite melihat...satu suara kebangkitan rakyat telah berjaya menjatuhkan seorang pemimpin kuku besi yang telah menzalimi rakyatnya setelah bertahun-tahun lamanya...ini menandakan bahawa..umat islam  hari ini telah membuka mata mereka....telah terjaga dek tidur yg penuh dengan mimpi2 kosong...mimpi2 yg dicipta, oleh mereka yg pentigkn periuk nasi kaum kerabat mereka sahaja...

Hari ini kita melihat...kejayaan Rakyat Mesir menumbangkan pemerintahnya yang telah menzalimi mreka selama 30 tahun...Yg selama ini memberi harapan palsu kpd mereka...yg selama ini menjanjikan beribu2 mcm janji2 kosong....kononnya akan membantu membasmi kemiskinan rakyat...padahal mrk lebih memntingkn kekenyangan perut mereka sahaja....

Wahai sahabatku sekelian....
Umat Islam selama ini,telah  dibalut dengan gejala ketamadunan moden,... dibakar oleh api revolusi sex dan diancam oleh pertentangan gejala kebinatangan telah mengancam kewujudan, akhlak dan pemikiran manusia.Kita selama ini telah diracuni degn pemikiran barat...yg telah menjauhkn diri kte dr mengenali n mengamali agama islam itu sendiri...

Maka hari ini..kita perlu bngkit...sebagaimana bangkitnya rakyat Tunisia,Mesir,Algeria dll...bgkt menegakkn yg haq....bgkit membanteras segala agenda2 YAHUDI LAKNATULLAH...bgkt menumbgkn BONEKA2 YAHUDI....yg slma ini telh meracuni pemikirn umt islam....

Saudaraku...sebenarnya,kita mampu utk berdiri diatas kaki kite sendiri...kita mampu utk menentang penjajahan ideologi oleh bangsa yahudi....kte mmpu utk memadmkn sgl bentuk api kezaliman....kita mampu utk secekal AlFateh dlm menakluk kota konstantinople...kita mampu utk setabah Salahuddin Ayubi dlm menanawan Baitulmaqdis..jika...... kite semua bersatu...bersatu dr segenap penjuru....bersatu, utk maju kehadpn.... membawa panji ISLAM...
Seorang ulama berkata :
Sesungguhnya tampilnya islam karena tampilnya umat,
tampilnya umat karena tampilnya pemuda, dan tampilnya pemuda karena kebaikan
akhlaq
-wallahuallam-
fatayat
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Pertama dan selama-lamanya,sama2 kita panjatkan syukur pada YanG Esa,,atas kurniakan nafas2 dan segala nikmat yang tidak terhitung kira...sehingga ke saat ini dan Tahun Baru Muharram ini...alhamdulillah...kita masih lagi diberi peluang untuk terus belayar diatas lautan dunia sementara ini....

Belum terlambat rasanya untuk ana ucapkan SALAM MAAL HIJRAH  buat sahabat sekalian..
Bersempena Tahun Baru ini....sama2lah kita membuka lembaran khidupan yang baru,agar kehidupan kita selepas ini lbih diberkati dan diredhaiNya...selari dengan Matlamat Kehidupan  kita umumnya...yang sering meniti dibibir kita..bahawa kita hidup untuk mendapat MARDHOTILLAH...
Oleh itu sama2lah kita mengorak langkah...berjalan diatas landasanNYA..yakni Quran dan Sunnah...untuk merentasi setiap imtihanNYA...untuk NAJAH didunia SANA...agar kehidupan yang kita bina tidak SIA-SIA...selari dengan MATLAMAT kehidupan kita...INSYAALLAH...


Ya Allah, Sering hamba menyatakan cinta pada-Mu,Tapi masih ada makhluk pada hatiku,Sering aku merindui kekasihmu,Namun tetap ada makhluk menggaburi mata hatiku,


Ya Allah, Sering ingin hamba patuh pada perintahmu,Tapi diri ini tetap lalai pada perintah-Mu,Iman cuba meyakini pada Engkau,Tapi makhluk menceroboh imanku,


Ya Allah, Siapakah hamba ini dipandangan-Mu?Noda semakin menebal dalam Qalbu,Taqwa semakin menipis dalam diri,Makhluk jua yang bermukim dalam hati

Ya Allah, Adakah hamba dapat melihat wajahmu yang Abadi?Sedang kemungkaran penuh dalam diri,Apakah dapat bertemu kekasih-Mu dengan mengenalinya?Sedang sunah dan pesannya tiada teguh untuk mengikutinya, 

Ya Allah, Hamba rindu pada kasih-mu,Tiada Tuhan selain Engkau,Cinta-Mu yang abadi,Buangkanlah cinta makhluk dalam diri ini,Siksanya hatiku apabila makhluk melebihi ENGKAU,Sakit menyapa apabila makhluk bermukim dalam diri,Mereka mengisi hatiku dengan kelalaian,Hamba takut mati dalam keadaan yang tidak mengingati-Mu,Imanku lemah, imanku iman suasana,Hanya Engkau hamba pohon,Teguhkan Imanku agar hamba dapat menepis semua kelalaian hingga kiamat.
AMEEN..


fatayat

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,syukur kita panjatkan kehadrat Allah yang Maha Berkuasa...,kerana,saat ini,detik ini dan waktu ini,kita masih diberi nyawa, masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumiNYa ini...masih diberi ruang untuk kita menikmati segala macam nikmat yang dikurniakanNya...untuk kita sama2 koreksi diri kita....sejauh mana ketaatan kita pada Sang Pencipta....untuk kita  merenung setakat manakah keimanan kita terhadap Yang Maha Kuasa dan settingi manakah pengorbanan yang telah dicurahkan untuk mentaati Allah ta’ala. 

 Sabda nabi s.a.w, bahawa orang yang bijak dan cerdik ialah mereka yang sentiasa menilai diri mereka dan beramal untuk persediaan selepas kematian. Hisablah amalan kita sebelum ia dihisab. Sudah tentu kita meyakini bahawa Allah tidak menjadikan kita sia-sia.

Firman Allah ta’ala: “Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami.” (al-mukminun: 115)

Sebelum nafas terhenti,sebelum jasad terbujur kaku,sebelum dua nisan menjadi rumah baru...sama2lah kita memohon keampunan dariNya..agar persinggahan sementara kita dibumiNya ini...tidak sia2...agar kita x tergolong dalam kalangan hamba2Nya yang dimurkaiNYa....nauzubillah...


Untuk itu...sempena hari yang penuh kemuliaan ini...sama2lah kita menyambutnya dengan penuh penghayatan bukan dengan penuh makan...agar Eiduladha kali ini..memberi beribu-ribu makna pada kita...agar kita semua menjadi hambaNYa yang sanggup berkorban untukNya...sebagaimana pengorbanan Nabi ibrahim dan anaknya,tidak lupa juga pengorbanan Yukabid untuk perpisahan sementara dengan Nabi Musa...dan ramai lagi...betapa hebatnya pengorbanan mereka dalam mentaati perintah Allah S.W.T....Kita bagaimana???wallahualam..

Oleh itu....sama2lah persiapkanlah diri kita dengan kefahaman agama....sama2lah kita mengikhlaskan diri untuk berkorban demi Islam tercinta....berkorbanlah waktu tidur kita untuk bertahajjud...sujud kepadaNya...berkorbanlah duit kita untuk sebutir nasi buat saudara sesama islam kita...berkorbanlah masa main kita untuk tafaqquh fi diin...dan infakkanlah diri kita pada jalanNya demi agama yang Mulia di sisi Allah S.W.T...InsyaAllah...Wallahuallam....

            

              
              SALAM EID-AL-ADHA
fatayat
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)

“Dan hendaklah mereka menutup kain kudung sehingga labuh ke dada-dada mereka dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka(sesama islam), hamba sahaya yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki(tua) yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan aurat wanita.” (Surah an-Nuur: 31)

Berdasarkan ayat 31, surah an-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: “Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya.”

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)


Bismillah walhamdulillah...
Ayat diatas sudah teramat jelas...bahawa Allah S.W.T telah menerangkan kepada kita yakni kaum perempuan khususnya....bagaimana cara pemakaian islam yang sebenarnya.. namun di akhir zaman ini terlalu ramai kaum perempuan yang tidak menutup aurat mereka..bahkan tidak segan silu memperagakan aurat mereka dihadapan ajnabi..subhanallah.. kemanakah perginya nilai harga diri mereka ???ke mana hilangnya sifat malu dalam diri mereka???astaghfirullahalaziim..nauzubillah...moga2 kita x tergolong dalam kalangan mereka yang terhumban ke neraka jahannam..ingatlah sahabat...

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang (seolah-olah tidak berpakaian) yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Jika kita lihat dunia pada hari ini.. umat islam sudah dikaburi dengan bermacam-macam agenda halus yahudi laknatullah...namun adakah kita sedar akan ia atau kita sengaja tidak menyerdarkan ia atau kita sememangnya tidak menyedari akan hakikat itu...semuanya terjawab dihati kita....jika dikaitkan dengan ayat diatas...Alhamdulillah...pada detik ini...sudah ramai kaum hawa bertudung...malah semakin ramai kaum hawa memakai pakaian berdesignkan ala-ala jubah.... namun...cuba dikaji,diteliti,diselidiki,ditenung dan diambil peduli...adakah pakaian yang dipakai sekarang melengkapi syariat islam sebagaimana tertulis dalam Surah diatas??Renung-renungkan.

Lebih menyedihkan lagi...baru-baru ini,umat islam digegarkan dengan isu IFF...lebih terkena kejutan current lagi apabila penaungnya adalah orang islam sendiri..subhanallah..itulah bacteria rejim zionis,itulah fesyen yang diajarkan oleh yahudi laknatullah... yang mana sepenuhnya terpesong dari ajaran Islam dan tidak layak untuk diletakkan title islam pada festival tersebut... Malah yang lebih menyakitkan hati dan seluruh jiwa raga bilamana nama Nabi Muhammad S.A.W dihina sebegitu rupa...diletakkan pada hadapan pakaian dan diterbalikkan...sungguh kejam dan zalim mereka yang berbuat demikian...masyaAllah..


Inilah manusia-manusia yang ingin menjatuhkan islam....ingatlah...diakhir zaman ini..orang islam sendiri yang akan memporak-perandakan islam...nah sudah terang lagi bersuluh tidak perlu disuluh...sudah terpampang dimata kita...islam yang menghina islam...Astaghfirullahalaziim..........sebelum ini kita lihat islam diperkotak-katikkan oleh bangsa bukan beragama islam...tapi pada hari ini..sudah ada yang berani menghina agama islam sendiri...masyaAllah..layakkah mereka ini digelar pemimpin umat islam???Dimanakah sensitiviti kita sebagai umat islam??/Haruskah kita berdiam diri,berpeluk tubuh,membuta mata,memekak telinga,membisu bicara,bila mana islam dijadikan bahan cacian dan hinaan???


Sudah tentu TIDAK..oleh itu sahabat sahabiah sekalian...kita harus maju kehadapan dan mengorak langkah.. berganding bahu membawa perubahan....dari kegelapan kejahilan kepada cahaya keislaman...tangan kitalah yang memilih...tangan kita lah yang menanda...tangan kita lah yang menentukan yang mana kita kehendaki...ISLAM @ sebaliknya.....segalanya terletak ditangan kita....wallahuallam....
Related Posts with Thumbnails