fatayat




MABRUK ALAIH....

tahniah buat pokju n che su coz dikurniakan baby yang comel...
bertambahlah cucu tok yerk..heheee....
nanti kena tambah duit rayer...
Buat Adawiyah Nur Alisya binti faizul hisyam...bila besar nanti budak baek tau..i.Allah....


alhamdulillah...selamat jugak baby comel nie dilahirkan...
syukur pada Sang Pencipta kerana memberi peluang buat HambaNya ini untuk melihat dunia ciptaanNya...semoga menjadi seorang Insan yang memartabatkan islam....INSYAALLAH...
fatayat

Setiap muslim yang berhasrat untuk meningkatkan tahap kecintaan dan ketaqwaan terhadap Allah S.W.T. perlu memperbanyakkan syariat harian yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW demi mencapai martabat al-Muqarrabin iaitu mereka yang berjaya menhampirkan diri kepada Sang Pencipta...

Antara amalan2 yang mulia ialah membaca alquran,istighfar,berzikir,berselawat,berdoa dan lain2..ana bawakan buat anntum semua sedikit perkongsian mengenai kelebihan membaca alquran....


1.IBADAH yang PALING UTAMA dari segi BACAAN.

2.PAHALA membaca SATU HURUF daripada ALQURAN:menurut IBN MAJAH digandakan hingga 400 kali dan IBN ALJAUZI pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.. Rasulullah Saw bersabda : “Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dan kebaikan berlipat sepuluh kali” HR. At Tirmidzi

3.BALASAN satu huruf yang dibaca ialah BIDADARI di syurga .

4.Mengikut IBN ABBAS R.A. pembaca alquran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus..

5.SELAMAT dari API NERAKA dan mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat..

6.Pada hari kiamat,alquran menjadi pembela.“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia datang dihari kiamat sebagai syafaat bagi pembacanya”HR.Muslim

7.Pembaca akan memperolehi keamanan didunia dan kemulian di syurga..

8.Membaca sebelum tidur akan mendapat penjagaan malaikat.

9.Membaca secara tadarrus (bergilir-gilir)mendapat ketenangan,rahmat dan dikelilingi oleh malaikat. Rasulullah Saw bersabda : “Tidak satu kaum berkumpul disalah satu rumah Allah membaca kitab-Nya dan mempelajarinya diantara mereka kecuali diturunkan bagi mereka ketenangan, diliputi mereka dengan rahmat dan mereka diliputi malaikat dan Allah menyebutkan pada hamba-hambanya yang ada disisinya” HR.Abu Daud.

10.Mempelajari satu ayat alquran LEBIH BAIK daripada solat sunat 1000 rakaat..


Rasulullah Saw bersabda : “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya”. HR.Bukhari.
fatayat


terlebih dahulu,,asif jiddan..andai bicara ini mengundang ketidak enakkan mana2 pihak sama yg masih hidup @ tlh kembali ke rahmatullah...

nak dijadikan cerita...suatu hari..ana dan sahabat2 ana berkunjung di salah sebuah surau di sebuah kg di Kuala terengganu...mase 2 masing2 tngah tunggu time untuk ambil whuduk utnk solt zohor...tiba-tiba....heheheee
datang seorang lelaki yg berbaju melayu merah..bersongkok hitam..dan rambutnyer panjang mengkrinting....YA Allah...'
tersentak sahabat ana yang ketika i2 sedang khusyuk bermain hnsetnyer...
lelaki i2 sekadar tersenyum menampakkan giginyer yg x putih..lalu pergi ke bahagian muslimin untuk solat kot..
alkisahnyer...sahabat ana yg d dlm surau masa 2 tengah bersiap untuk solat..tiba2 dia terasa sesuatu yg mengintainya dari tepi...ketika brpaling..dia ternmpak lelaki tadi mengintai dari rempt ambil whuduk muslimin...sambil tersenyum...Subhanallah...
apalagi....sahabat ana pun keluarlah dan beritahu sahabat yg laen..
ana yg ketika i2 baru siap berwhuduk terus join perbualan mereka...
masing2 kecut perut coz ingt si lelaki 2 kurang betul...
so..masing2 cepat2 solat untuk cabut lari..agar x terserempak dgn lelaki tersebut...
selepas solat kami perhatikan lelaki i2 melalui tabir di surau yg jarang tu...memang sah.......dia kurg betul..coz...sekejap2 angkt takbir..pas2 jalan mundar mandir...pas2 ulang balik perbuatan yg sama...lepas 2 baru solat...tapi..dia punyer pergerakan dalm solat pelik cikit..entah...ana pon xpasti...

sementara lelaki 2 masih "solat" kami pun cabut la...terus ke jalan besar untuk naek bas nak balek...Alhamdulillah....masing2 mengucp syukur kerana x trsrmpak dgn lelaki td...takut jugak..kalau2 dia buat ape2 kn....

sedang menunggu bas...kami bergurau senda kalau2 lelaki td dtg....heheee
"kata2 adalah doa"
habslah kali nie,,,lelaki 2 dtg menuju kearah kami...semua kelam kabut...gabra habis...pucat lesi muka sorang2..huhuhuu
lelaki i2 datang dan memberi salam pd kami...
dia tyer...nama kami,baljr ktne..tinggal ktne.n mcm2..
xnk jwb tkut dier marh...so..kami kelentong la..konon student uia...huhhuu..
dia pon dh nak pergi...sebelum pergi sempt lagi berithu nama dier...xtnyer pon...
dia ckp"name saye sally,,,S.E.L.I....sally"...."huhuuuu
merah padam muka kami tahan ketawa...nak ketawa tkut kena maroh..pendam je la..
fuuhhh..lega dia dh pegi...
dia duk kat org tengah jual air tebu mase 2..dekat je dgn tmpat kami tguu bas...
dalam hati"cepatlah bas.." x sabar nak lari....tkut2 dtg balek lelaki 2...

memang sah.....lelaki 2 dtg balek...siap duudk lagi...masyaAllah..ape yg kami nk buat nie...
"blajr kt mne???".....tyer si dier...
"kat uia"... jwb ana..
"sekolah rendah"....tyer lgi...
:sekolah biaser jer"..jwb sahabt ana..
"bgus2...kita xperlu sekolah agama..kitakn org agama..buat pe nk sekolah agama..."ujar lelaki td..
opps...tersentak kami berlima...memang sah..dia kureng ckit...so..mengiyakan jela...
kalau kata x kn..tkut2 mengamuk...satu dunia runtuhkn...ada lagi..dia ckp...
"kita kalu nak blajor...lelaki sma prmpuan baru masuk nak blajor...""subhanallah.... jauh nyer dia lari...
kami sekadar mengiyakan di mulut dan menidakkn dlm hati....
sedang lelaki 2 memberikan byok fakta yg tidak betul...tiba2 bas dtg...
ape lagi..ana pun thn la bas 2...kitorg terus naek...
lelaki td menjerit marh kt kitorg coz x lyn dia cakp....drebar bas pon terkejut...
kitorg mengucap syukur...krn terleps dr lelaki y mungkin gila isim...jika dilihat dr perwatakannyer.....MasyaAllah....
tujuan ana bukanlah nak memburuk2 kn lelaki td..tapi sebagai peringatan kpd kita semua bhwa...

menuntut ilmu adalah wajib...yg utamanyer adalah niat kita...jgn kita sekadar baljr untuk cerdik tp x beramal dgnyer..takut2 Allah tarik nikmat yg dikuniakanNya pd kita nanti...
kepada sahabt2 muslimah..kurgkan @ jgn berjln seorg diri..kerana kita x thu apa yg akn terjdi...dlm kes ini..sebelum kami balek...kami ada meningglkn seorg sahabt yg ingin pulang awal di tempat kami tunggu bas..mujurlah dia x trsrmpk dgn lelaki ini...kalau x nauzubillah..dia seorg diri jer...kami berlima....syukur Alhmdulillah..Allah taala msih melindungi kami dr perkara2 yg x elok...
wallahualam.....


'wahai manusia..kamu wajib menuntut ilmu..sesungguhnya Allah memiliki selendang kemuliaan..barangsiapa yg mencari satu bab ilmu sahaja,nescaya Allah akan membalutnya dgn selendang kebesaranNya..."
fatayat

Pesanan Buat WANITA Islam.........

*Que is Quraisyah* | MySpace Video
Label: 0 ulasan | edit post
fatayat



kita sebenarnya...
..lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram...

kita sebenarnya..
..lebih tahu apa itu 14Februari daripada 12Rabiulawal..

kita sebenarnya..
..lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan..

kita sebenarnya..
..lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..

kita sebenarnya..
..lebih suka menyebut HELLO daripada ASSALAMUALAIKUM..

kita sebenarnya..
..lebih suka memuji manusia daripada memuji Pencipta Yang Mencipta kita...

kita sebenarnya..
.. lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

kita sebenarnya..
..lebih suka memaki,mengumpat orang lain daripada memuji mereka..

kita sebenarnya..
..lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan..

kita sebenarnya..
..lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita..

kita sebenarnya..
..lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..

Tetapi bila orang tanya arah tujuan kita, pasti akan jawab kita sebenarnya...

kita sebenarnya..
lebih suka menuju ke SYURGA daripada NERAKA..

LAYAKKAH KITA DENGAN SYURGA MILIK ALLAH SANG PENCIPTA???????
-WALLAHUA'LAM-
fatayat


Telah bersabda Rasulullah saw maksudnya, "Saya pernah melihat neraka. Tiba-tiba kebanyakan penghuninya adalah kaum perempuan, yaitu mereka yang tidak tahu berterimakasih kepada suami. Andaikata engkau (suami) berbuat baik kepada seseorang diantara mereka setahun,kemudian ia (isteri) melihat sedikit cela padamu, maka ia akan mengatakan "Saya tidak pernah melihat sama sekali kebaikan darimu." (HR Bukhari)


* Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayan suami serta melakukan kerja-kerja dirumah.

* Tiada memuji (bersyukur/berterimakasih) diatas kemurahan Allah yang didatangkannya melalui suaminya (jarang orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih diatas pemberian suaminya)

* Sering mengkufurkan (ingkar) tentang nikmat Allah contonnya bila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang mengatakan "sudah 10 tahun saya kaHwin dengan awak, tak ada apa-apa pun!"

* Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan yang berdosa contohnya bercakap tentang perabut-perabut rumah dan mengumpat.

* Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam beragama dimana mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk-rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana kemewahan-kemewahan lahiriah.




Label: 0 ulasan | edit post
Related Posts with Thumbnails