fatayat

Alhamdulillah..pejam celik-pejam celik kita sudah sampai dan masuk ke bulan rejab..dimana bulan ini adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan yang banyak. Sesungguhnya Allah menganugerahkan rahmat kepada hamba-hambaNya dalam bulan ini. Barangsiapa memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan mereka dengan seribu kemuliaan. Gandingan 3 bulan (Rejab, Sya'aban dan Ramadhan) merupakan satu tempoh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri.
Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya'aban dengan malam Nisfu Sya'aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul Qadr.
Di antara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan melipatgandakan pahala setiap amalan yang dilakukan dalam bulan ini. Di antara amalan pada waktu siang ialah puasa, solat sunat, tasbih, selawat, membaca al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya. Manakala waktu malam diisi dengan solat tahajud, solat sunat tasbih, zikir, tasbih, selawat, baca al-Quran dan istighfar. Sepanjang Rejab, Allah melipatgandakan pahala dan keampunan serta mengangkat darjat di dalam syurga.
Selain berpuasa, umat Islam digalakkan beristighfar. Bacalah doa istighfar Rejab yang banyak dinukilkan di dalam kitab-kitab. Allah melimpahkan keampunan dan rahmat yang tidak diberi pada bulan-bulan lain. Amalan sedekah juga dibalas dengan ganjaran yang banyak. Dinukilkan bahawa barangsiapa bersedekah dalam bulan Rejab diberi ganjaran setiap sehelai bulu roma di tubuhnya dengan 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapus 1000 kejahatan.
Subhanallah..terlalu banyak fadhilat di bulan rejab,yang sering kita dengar dan kita baca..namun adakah memadai sekadar kita hanya membuka telinga untuk mendengar???atau sekadar membuka mata dan mulut untuk membaca???MasyaAllah...kenapa tidak kita sajikan hati dan iman kita dengan santapan yang enak lagi lazat dibulan penuh barakah ini..dengan menggerakkan tangan untuk menghulurkan sedekah??dengan menahan perut untuk berpuasa??dengan membuka mulut untuk menuturkan kalimah-kalimah Allah????
Tunaikanlah ibadah di bulan ini dengan hati yang ikhlas dan suci..bukan sekadar untuk mendapat ganjaran dari Allah..tetapi buatlah untuk mendapat keredhaan Allah..Sesungguhnya Allah Maha Melihat atas apa yang kita lakukan. Allah Maha Mendengar atas apa yang kita ucapkan. Allah Maha Mengetahui atas apa yang kita lintaskan di hati. Allah memberi ganjaran atau balasan berdasarkan sejauh mana kita berusaha menghampirkan diri kepada Allah. Jika kita bersungguh-sungguh beramal mencari keredhaan Allah, Allah akan memberi balasan setimpal dengan usaha yang disumbangkan.InsyaAllah..jika sebaliknya..nauzubillah..bak kata orang tiada manfaatnyer..sekadar letih dan penat sahaja....

Dan ingatlah.. tanda Allah mengasihi seseorang, DIA berikan kesusahan atau bala. Bala adalah ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran kita. Sekiranya kita bersabar atas segala kesusahan yang ditimpakan ke atas kita, Allah akan meningkatkan darjat kita. Manusia yang lemah imannya terhadap ujian Allah akan mudah menggelabah dan putus asa. Orang beriman akan sentiasa bersyukur sama ada diberi nikmat atau tidak. Diberi senang dia bersyukur, ditimpakan susah dia bersabar. Ada wang atau tak ada wang sama saja - kerana kesemuanya datang dari Allah.


Sama-samalah kita berusaha ke arah memperbaiki hidup sepanjang Rejab ini supaya Allah menambahkan ketakwaan dan kekuatan kita untuk melakukan amal iibadat dalam bulan Sya'aban dan Ramadhan yang bakal menjelang. Semoga kita berpeluang berada dalam bulan yang paling mulia yakni Ramadhan dan akhirnya semoga kita sentiasa mendapat mardhotillah... AMIN!
Label: edit post
0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails