fatayat
"Rasulullah saw telah memberikan kepada kita satu formula yang amat mudah untuk menewaskan rejim pengganas zionis israel laknatullah. Formulanya ialah ZERO WAHAN. Iaitu jangan ada sifat 'wahan' dalam diri kita.


Sikap yang perlu ada dalam diri kita untuk menewaskan zionis israel ialah : Cintakan Akhirat dan Rindukan Kematian.

Sabda Rasulullah s.a.w. :" Pada satu ketika akan tiba satu masa di mana seluruh umat hampir mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan. Seorang sahabat bertanya.'Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit hingga boleh diperlakukan sebegitu rupa?"

Baginda menjawab,"Tidak, bahkan bilangan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Pada saat itu Allah akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit "wahan".Lalu sahabat bertanya lagi, "Apakah yang dimaksudkan dengan 'wahan' itu Ya Rasulullah?"

Baginda menjawab, Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati. (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban).

Label: edit post
0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails