fatayat
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Pertama dan selama-lamanya,sama2 kita panjatkan syukur pada YanG Esa,,atas kurniakan nafas2 dan segala nikmat yang tidak terhitung kira...sehingga ke saat ini dan Tahun Baru Muharram ini...alhamdulillah...kita masih lagi diberi peluang untuk terus belayar diatas lautan dunia sementara ini....

Belum terlambat rasanya untuk ana ucapkan SALAM MAAL HIJRAH  buat sahabat sekalian..
Bersempena Tahun Baru ini....sama2lah kita membuka lembaran khidupan yang baru,agar kehidupan kita selepas ini lbih diberkati dan diredhaiNya...selari dengan Matlamat Kehidupan  kita umumnya...yang sering meniti dibibir kita..bahawa kita hidup untuk mendapat MARDHOTILLAH...
Oleh itu sama2lah kita mengorak langkah...berjalan diatas landasanNYA..yakni Quran dan Sunnah...untuk merentasi setiap imtihanNYA...untuk NAJAH didunia SANA...agar kehidupan yang kita bina tidak SIA-SIA...selari dengan MATLAMAT kehidupan kita...INSYAALLAH...


Ya Allah, Sering hamba menyatakan cinta pada-Mu,Tapi masih ada makhluk pada hatiku,Sering aku merindui kekasihmu,Namun tetap ada makhluk menggaburi mata hatiku,


Ya Allah, Sering ingin hamba patuh pada perintahmu,Tapi diri ini tetap lalai pada perintah-Mu,Iman cuba meyakini pada Engkau,Tapi makhluk menceroboh imanku,


Ya Allah, Siapakah hamba ini dipandangan-Mu?Noda semakin menebal dalam Qalbu,Taqwa semakin menipis dalam diri,Makhluk jua yang bermukim dalam hati

Ya Allah, Adakah hamba dapat melihat wajahmu yang Abadi?Sedang kemungkaran penuh dalam diri,Apakah dapat bertemu kekasih-Mu dengan mengenalinya?Sedang sunah dan pesannya tiada teguh untuk mengikutinya, 

Ya Allah, Hamba rindu pada kasih-mu,Tiada Tuhan selain Engkau,Cinta-Mu yang abadi,Buangkanlah cinta makhluk dalam diri ini,Siksanya hatiku apabila makhluk melebihi ENGKAU,Sakit menyapa apabila makhluk bermukim dalam diri,Mereka mengisi hatiku dengan kelalaian,Hamba takut mati dalam keadaan yang tidak mengingati-Mu,Imanku lemah, imanku iman suasana,Hanya Engkau hamba pohon,Teguhkan Imanku agar hamba dapat menepis semua kelalaian hingga kiamat.
AMEEN..


fatayat

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,syukur kita panjatkan kehadrat Allah yang Maha Berkuasa...,kerana,saat ini,detik ini dan waktu ini,kita masih diberi nyawa, masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumiNYa ini...masih diberi ruang untuk kita menikmati segala macam nikmat yang dikurniakanNya...untuk kita sama2 koreksi diri kita....sejauh mana ketaatan kita pada Sang Pencipta....untuk kita  merenung setakat manakah keimanan kita terhadap Yang Maha Kuasa dan settingi manakah pengorbanan yang telah dicurahkan untuk mentaati Allah ta’ala. 

 Sabda nabi s.a.w, bahawa orang yang bijak dan cerdik ialah mereka yang sentiasa menilai diri mereka dan beramal untuk persediaan selepas kematian. Hisablah amalan kita sebelum ia dihisab. Sudah tentu kita meyakini bahawa Allah tidak menjadikan kita sia-sia.

Firman Allah ta’ala: “Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami.” (al-mukminun: 115)

Sebelum nafas terhenti,sebelum jasad terbujur kaku,sebelum dua nisan menjadi rumah baru...sama2lah kita memohon keampunan dariNya..agar persinggahan sementara kita dibumiNya ini...tidak sia2...agar kita x tergolong dalam kalangan hamba2Nya yang dimurkaiNYa....nauzubillah...


Untuk itu...sempena hari yang penuh kemuliaan ini...sama2lah kita menyambutnya dengan penuh penghayatan bukan dengan penuh makan...agar Eiduladha kali ini..memberi beribu-ribu makna pada kita...agar kita semua menjadi hambaNYa yang sanggup berkorban untukNya...sebagaimana pengorbanan Nabi ibrahim dan anaknya,tidak lupa juga pengorbanan Yukabid untuk perpisahan sementara dengan Nabi Musa...dan ramai lagi...betapa hebatnya pengorbanan mereka dalam mentaati perintah Allah S.W.T....Kita bagaimana???wallahualam..

Oleh itu....sama2lah persiapkanlah diri kita dengan kefahaman agama....sama2lah kita mengikhlaskan diri untuk berkorban demi Islam tercinta....berkorbanlah waktu tidur kita untuk bertahajjud...sujud kepadaNya...berkorbanlah duit kita untuk sebutir nasi buat saudara sesama islam kita...berkorbanlah masa main kita untuk tafaqquh fi diin...dan infakkanlah diri kita pada jalanNya demi agama yang Mulia di sisi Allah S.W.T...InsyaAllah...Wallahuallam....

            

              
              SALAM EID-AL-ADHA
fatayat
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)

“Dan hendaklah mereka menutup kain kudung sehingga labuh ke dada-dada mereka dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka(sesama islam), hamba sahaya yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki(tua) yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan aurat wanita.” (Surah an-Nuur: 31)

Berdasarkan ayat 31, surah an-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: “Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya.”

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)


Bismillah walhamdulillah...
Ayat diatas sudah teramat jelas...bahawa Allah S.W.T telah menerangkan kepada kita yakni kaum perempuan khususnya....bagaimana cara pemakaian islam yang sebenarnya.. namun di akhir zaman ini terlalu ramai kaum perempuan yang tidak menutup aurat mereka..bahkan tidak segan silu memperagakan aurat mereka dihadapan ajnabi..subhanallah.. kemanakah perginya nilai harga diri mereka ???ke mana hilangnya sifat malu dalam diri mereka???astaghfirullahalaziim..nauzubillah...moga2 kita x tergolong dalam kalangan mereka yang terhumban ke neraka jahannam..ingatlah sahabat...

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang (seolah-olah tidak berpakaian) yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Jika kita lihat dunia pada hari ini.. umat islam sudah dikaburi dengan bermacam-macam agenda halus yahudi laknatullah...namun adakah kita sedar akan ia atau kita sengaja tidak menyerdarkan ia atau kita sememangnya tidak menyedari akan hakikat itu...semuanya terjawab dihati kita....jika dikaitkan dengan ayat diatas...Alhamdulillah...pada detik ini...sudah ramai kaum hawa bertudung...malah semakin ramai kaum hawa memakai pakaian berdesignkan ala-ala jubah.... namun...cuba dikaji,diteliti,diselidiki,ditenung dan diambil peduli...adakah pakaian yang dipakai sekarang melengkapi syariat islam sebagaimana tertulis dalam Surah diatas??Renung-renungkan.

Lebih menyedihkan lagi...baru-baru ini,umat islam digegarkan dengan isu IFF...lebih terkena kejutan current lagi apabila penaungnya adalah orang islam sendiri..subhanallah..itulah bacteria rejim zionis,itulah fesyen yang diajarkan oleh yahudi laknatullah... yang mana sepenuhnya terpesong dari ajaran Islam dan tidak layak untuk diletakkan title islam pada festival tersebut... Malah yang lebih menyakitkan hati dan seluruh jiwa raga bilamana nama Nabi Muhammad S.A.W dihina sebegitu rupa...diletakkan pada hadapan pakaian dan diterbalikkan...sungguh kejam dan zalim mereka yang berbuat demikian...masyaAllah..


Inilah manusia-manusia yang ingin menjatuhkan islam....ingatlah...diakhir zaman ini..orang islam sendiri yang akan memporak-perandakan islam...nah sudah terang lagi bersuluh tidak perlu disuluh...sudah terpampang dimata kita...islam yang menghina islam...Astaghfirullahalaziim..........sebelum ini kita lihat islam diperkotak-katikkan oleh bangsa bukan beragama islam...tapi pada hari ini..sudah ada yang berani menghina agama islam sendiri...masyaAllah..layakkah mereka ini digelar pemimpin umat islam???Dimanakah sensitiviti kita sebagai umat islam??/Haruskah kita berdiam diri,berpeluk tubuh,membuta mata,memekak telinga,membisu bicara,bila mana islam dijadikan bahan cacian dan hinaan???


Sudah tentu TIDAK..oleh itu sahabat sahabiah sekalian...kita harus maju kehadapan dan mengorak langkah.. berganding bahu membawa perubahan....dari kegelapan kejahilan kepada cahaya keislaman...tangan kitalah yang memilih...tangan kita lah yang menanda...tangan kita lah yang menentukan yang mana kita kehendaki...ISLAM @ sebaliknya.....segalanya terletak ditangan kita....wallahuallam....
fatayat
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi  Maha Penyayang.....

Alhamdulillah...setelah lama membiarkan blog usang ini sepi tanpa bicara pena,hari nie dpt ana mencuri sedikit mase untuk menconteng sesuatu....sekadar perkongsian kegembiraan yg dikurniakan Yang Maha Esa,,,Alhamdulillah.....

Subhanallah....setelah lama mengiimpikan sebuah  "kehidupan baru" di bumi yang penuh barakah....akhirnya dengan izin Allah Azzawa jalla....ana dan sahabat2 selamat mendarat di bumi Anbiya,  pada 13 september 2010....Subhanallah....Maha suci Allah Yang Maha Mengetahui akan hati2 hambaNYa,,,,Syukran Ya Rahman ....kerna memberi kesempatan kpd kami untuk menjejakkan kaki di "ArduL KiNaNah"....


Namun...disebalik kegembiraan itu..tercalit sedikit kegusaran untuk menghadapi mehnahMu disini....oleh itu wahai Rabbul Izzati...Ku tadahkan tanganku memohon pertolongan dariMU...agar dikurniakan ketabahan,kekuatan dan ketenangan dlm jiwa dan hati kami..agar bisa untuk kami menghdapi segala macam ujian dariMU.....kerna kami yakin bahawa Engkaulah Sebaik2 Penolong....

Ya Muhaimin...kukuhkanlah ukhuwah antara kami...peliharalah tiap2 satu dari kami...agar iman kami tidak goyah di saat kami memperjuangkan ilmuMu....kurniakanlah ilmu yang bermanfaat pada kami..kuatkanlah ingatan kami.... agar bisa untuk kami menghafal ayat-ayat suciMu....thabatkanlah hati kami agar istiqomah dimedan perjuanganMu...
jadikanlah kami antara hambaMu yang Engkau redhai....agar kejayaan yang kami hajati..Engkau sulami dengan bunga-bunga rahmat dan keberkatanMU....

Semoga "kehidupan baru" ini akan menjadikan kami hamba2Nya yang sering bersyukur dengan nikmat kurniaanNya...yang sedar akan tanggungjawab sebagai seorang hambaNya yang berilmu agama....untuk kembali menyinari tanah air tercinta dengan warna-warni cahaya keislaman.....agar bi'ah solehah terus menghiasi kehidupan seorang muslim dan muslimah supaya kita sentiasa berada dibawah payung rahmatNya..serta mnjadi insan solehah,mukminah juga mutmainnah........InsyaAllah....



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..




SALAM MUJAHADAH SEKENCANG DAKWAH
fatayat
Bismillahirrahmanirrahiim....

"Wahai orang yang beriman,diwajibkan keatasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelummu, semoga kamu bertaqwa." surah AlBaqarah ayat 183

Subhanallah..Alhamdulillah...Allahuakbar....sedar x sedar skrg kte  sudah berada diambang pengakhiran Ramadhan...Maha Suci Allah yang telah mengurniakan umur yang setahun lebih panjang dengan mengurniakan kita sekali lagi Ramadhan, untuk kita koreksi diri, pertambahkan iman dan persiapkan kekuatan dan bekalan diri menuju syurga firdausi....INSYAALLAH.. 


Apabila Rasulullah saw melihat anak bulan Rejab, baginda berdoa yang bermaksud:-

Ya Allah, rahmatilah kami dengan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan kepada kami Ramadhan. (Hadith riwayat at-Tabrani dan Ahmad) 

Betapa besar kurniaan Allah kepada kita di dalam bulan Ramadhan, dimana Rasulullah telah mengajarkan kita untuk berdoa agar kita dihidupkan sehingga sampai bulan Ramadhan, supaya bulan itu dimanfaatkan untuk kita menjadi seorang hamba yang patuh kepadaNya.

Sebagaimana yang  kita dimaklumi, amal kebajikan akan diganjarkan setingkat lebih tinggi jika ia dilakukan pada bulan Ramadhan. Yang sunat diberi pahala wajib. Yang wajib digandakan dengan gandaan sesuai dengan kurniaan Allah swt Yang Maha Kaya.

Rasulullah SAW memberi penekanan dengan menjelaskan kemuliaan Ramadan melalui satu khutbah Baginda iaitu :
“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan iaitu bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan di mana Allah jadikan puasa adalah kefarduan dan qiyam pada malamnya adalah satu tambahan. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardu di bulan yang lain. Ramadan adalah bulan memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan daripada api neraka.�


Ketika Ramadhan menjelang, Rasulullah saw bersabda bermaksud, 

“Wahai manusia, menjelang tiba bulan agung lagi berkat. Bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan mengerjakan amalan Fardhu, seolah-olah dia telah mendapat 70 pahala Fardhu di bulan-bulan yang lain. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan amalam-amalan Sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan-amalan Fardhu di bulan-bulan yang lain. Ia adalah bulan sabar. Ia adalah bulan yang awalnya rahmat, tengahnya keampunan dan akhirnya selamat dari Neraka…” (Riwayat Ibn Khuzaimah)

Subhanallah...MasyaAllah..Maha Suci Allah yang bersifat Ar Rahman dan Ar Rahim...begitu banyak sekali nikmat yang dikurniakanNya kepada kita bahkan bukan sahaja nikmat ganjaran pahala...malah nikmat kesihatan turut dikurniakan kepada kita umat Islam... Alhamdulillah...


Sebagai contoh,pada tahun 1984, Dr Soliman dari Universiti Hospital di Amman telah melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 orang wanita islam yang  berpuasa  di bulan ramadhan.Darah mereka telah diperiksa bagi mengenalpasti  kadar cortisol,testosterone,sodium,potassium,urea,glucose,cholesterol dan asid lemak. Pada masa yang sama, berat badan mereka ditimbang diawal dan diakhir ramadhan.
Sementara itu, di university Sains Perubatan Tehran pula,Dr.F.Azizi dan rakan-rakannya telah membuat kajian ke atas Sembilan orang lelaki yang berpuasa di bulan ramadhan. Pemeriksaan darah  bagi mengukur kadar glucose,bilirubin,calcium,phosphorus,protein,albumin,follicle stimulating hormone,thyroid stimulating hormone,testosterone,prolactin,lutenising hormone,thyroxine-4 dan thyroxine-3 telah dilakukan sebelum ramdhan dan pada hari kesepuluh,kedua puluh dan kedua puluh Sembilan ramadhan. Di samping itu,berat badan mereka juga ditimbang…
Subhanallah….ujian-ujian ini menunjukkan dan membuktikkan puasa dapat menurunkan paras gula dalam darah ke tahap yang rendah tanpa mendatangkan sebarang kemudharatan. Kadar kolesterol yang memudharatkan iaitu kolesterol LDL (low density lipoprotein) menurun dan sebaliknya kolesterol baik iaitu kolesterol HDL (high density lipoprotein) meningkat. Manakala paras lemak di dalam darah secara umumnya jugs menurun.
Maka kajian-kajian ini telah membuktikan bahawa puasa dibulan ramadhan tidak sama sekali memudharatkan kesihatan,malah sebaliknya ia member kesan yang baik kepada metabolism badan sekali gus mencegah serangan pelbagai penyakit terutamanya yang berkaitan dengan lebihan gula dan lemak. Hal ini disebutkan di dalam Islamic Perspective in Medicine oleh  DR.Shahid Athar terbitan American Trust Publications,Indianapolis…
 
 Namun begitu harus diingat bahawa…seandainya kita menjadikan berbuka Itu adalah satu medan untuk mengqada’kan  “kelaparan”  dan  “kehausan”  ketika berpuasa..maka sia-sialah puasa kita dan puasa bukan lagi memberi kebaikan bahkan mungkin memberi  kemudharatn kepada kita kerna kerakusan kita berbuka dengan berlebih-lebihan… Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan....Firman Allah Subhanahuwataala…

يَا بَنِي آدَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وكُلُواْ وَاشْرَبُواْ وَلاَ تُسْرِفُواْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah disetiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”. (QS. Al A`raaf : 31)

Oleh itu sahabat sohabiah sekalian... 
Betapa Ar Rahim nya DIA...kepada hamba-hambaNYA..sehingga setiap sesuatu yang dijadikanNYA diatas muka bumiNya ini..adalah suatu nikmat yang mana disebalik semua kejadian yang diciptakanNYA terselit berbagai-bagai hikmah untuk kita agar kita menjadi hambaNya yang bertaqwa...InsyaAllah.... 

Ayuh sahabat..,sama-sama kita memanfaatkan sisa-sisa ramadhan yang masih berbaki ini...agar kita bisa melewati malam yang diimpikan oleh semua umat islam yakni MALAM LAILATUL QADR...agar kita tergolong dalam hamba-hambaNYa yang beruntung seterusnya diredhai oleh ALLAH S.W.T sekaligus dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada ALLAH Azza wa Jalla....INSYAALLAH.....Ameen...


fatayat

Wahai tetamu Ramadhan..,
Jadikan Ramadhan sbg 
Universiti yg Mengajar KULIAH2 Ibadah,
Tutorial2 IMAN,
AssiGnmEnt2 TAQWA,
&
Amali2 ISLAMI...
Carilah Rahmat dan Makhfirah,
Alirkan airmata TAUBAT,
DenDangkan TADARUS KALAMULLAH,
Selimuti Dirimu dgn TARAWIH,
BANTALkan kepalamu dgn SUJUD TAHAJJUD,
MOga dikau mewarisi JANNAH....
AMEEN....


  SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA




fatayat
siapakah kita?? siapa... yaa..??
Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di 
beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada
yang menjadikan  kehidupan itu iaitu Allah 
Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. 
Maka bertasbihlah segala apa  yang ada 
di  bumi dan langit pada TuhanNya kecuali 
jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
 Orang yang telah mati hatinya  adalah  orang  yang diberi  
petunjuk melalui  ayat-ayat Qur'an,  Hadith dan
 cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan 
di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang 
tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa
Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu 
dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

 Siapakah orang yang kuat?
Orang  yang  kuat  adalah  orang  yang  dapat  menahan  
kemarahannya  ketika  ia  di dalam  kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang  lemah adalah   orang yang  melihat akan kemaksiatan
di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam
hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang  yang  bakhil  lagi  kedekut  adalah  orang  yang  berat  lidahnya  
untuk  membaca selawat  keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca  dan  meneliti  
akan kebesaran  Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran
daripadanya.

 Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang 
baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang  yang  sibuk  adalah  orang  yang  tidak  mengambil  berat  akan  
waktu  solatnya  seolah-olah  ia  mempunyai kerajaan seperti kerajaan 
Nabi Sulaiman a. s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang  yang  mempunyai  senyuman  yang manis  adalah   orang  
yang  di timpa  musibah  lalu  dia  kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.
" Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi  Aku  redhadengan  ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang  
bersendiri lalu  mengingat  akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan 
dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada
dan tidak  loba  akan  kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
 Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat  yang  ada  
sentiasa  menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap  untuk  hari  
kematiannya  kerana  dunia  ini  berusia pendek sedang akhirat kekal abadi



Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha  sekuat  tenaga  
untuk  dunianya  sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang  senantiasa 
mempertingkat  ilmu  agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang  tidak memperdulikan 
akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang  yang  gila  itu  adalah  orang   yang  tidak   sembahyang  kerana  
hanya  dua  syarat   saja  yang memperbolehkan akan seorang itu 
meninggalkan sembahyang, pertama  sekiranya  ia  haid  dan  kedua 
ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun 
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa 
kematian itu berlaku hanya padaorang tua.

 Siapakah orang yang paling cantik?
 Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati 
membawa  amal amal  kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan 
saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang  yang  mempunyai  rumah  yang  sempit   adalah  orang  yang  mati  
tidak  membawa  amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
 Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga 
kelak kerana telah mengunakanakal sewaktu di dunia untuk menghindari 
siksa neraka.
  

JADI SIAPAKAH ANDA????ADAKAH ANDA 
ADALAH SEORANG YANG RUGI KERNA 
TIDAK MENGGUNAKAN AKAL YANG 
DIBERI...???? 
ANDA SEORANG YANG BERTUAH KERNA 
DIKURNIAKAN AKAL UNTUK MEMILIH JALAN 
YANG MEMBAWA ANDA KE SYURGA YANG ABADI...????HA....
TEPUK DADA TANYA IMAN ANDA....
fatayat
Dengan nama Allah yang MAha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk."
Surah An-Nisaa’ Ayat 103,
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya."
 
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain.Umat  Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan kpd kita  ketika di hari pembalasan kelak.Alhamdulillah...Namun,tahukah kita akan sejarah disebalik kewujudan solat ini????
Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan......


SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
 i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari  kegelapan malam.
 ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
 i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
 ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
 iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
 iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
 i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
 ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
 iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
 iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun. 


MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
 i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
 ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
 iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata,  tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat  mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT  menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa  empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
 i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
 ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
 iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
 iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45)
fatayat
"wahai tuhan..ku tak layak ke syurgaMu..,
namun tak pula.. aku sanggup ke NerekaMu..,
ampunkan dosaku...terimalah taubatku...
sesungguhnya..Engkaulah pengampun..dosa-dosa besar...."

Subhanallah...syahdu sekali alunan zikir ini..sehingga menusuk jauh ke lubuk hati...Alhamdulillah....
 bait-bait yang tersusun indah d dlm alunan zikir ini merupakan madah penyesalan seorang hamba yang menghina dirinya lantaran kedhaifan dan keangkuhan dirinya dalam mentaati suruhan Sang Pencipta..Allah S.W.T...
Kasih sayang dan cinta agung yang sudi dilimpahkan oleh Ar-Rahman Ar-rahiim terlalu tulus..,kerana DIA tetap sudi menanti taubat hambaNya dengan pintu rahmat yang senantiasa terbuka luas..,MasyaAllah...betapa Pemurah dan Penyayangnya DIA pada hambaNya.....

Oleh itu sahabat..sebagai seorang hamba yang bermusafir di atas muka bumiNya ini....sementara menanti pertemuan abadi dengan KHALIQ tercinta... sewajarnya kita untuk senantiasa mengingati diri kita..lantaran keasyikan fatamorgana dunia sering membuaikan  kita agar terlena dgn mimpi-mimpi indah yang membawa sengsara...Nauzubillah...

Siapalah kita untuk layak mencium aroma syahdu menggetar jiwa akan keharuman wangian tmn-tmn syurgaNya...,apatah lagi untuk kita berpijak di sana...kita terlalu hina dengan amalan yang kontang dan gersang..bak setitis bekalan air dlm bermusafir panjang meredah padang pasir....apatah  lagi kita tidak pernah cuba mencari keredhaanNYa.....walaupun kita menyedari..bahawa...keredhaan Illahi terletaknya kebahagiaan yang abadi...

Apalah erti meniti kehidupan ini tanpa mengharap keredhaan dariNYA...sesungguhnya..cinta Illahi  terletaknya erti kehidupan abadi mengatasi semua kecintaan...kita juga tidak pernah cuba malah takut utk menginsafi diri kita... sedarlah....kita dilahirkan  dari setitis air mani... lantaran kehinaan diri kita ini..sedikitpun kita tidak layak untuk mendapat kecintaanNya..

Alangkah jahilnya kita...dalam menghargai erti cinta Ilahi yang sudi dicampakkan kepada kita.....andai pengalaman kita selama ini semata-mata mengharapkan syurgaNya dan takutkan AzabNya....Susahkah buat kita untuk mengikhlaskan niat untuk beramal semata-mata keranaNya....sebagai lambang kecintaan kepada Yang Maha Esa..sepertimana kecintaan Rabiatul Adawiyah pada KHALIQNYA..

Andai kita mebuka minda..merenung jauh ke dalam diri kita....menghayati skrin yang memaparkan gunung-gunung dosa yang kita timbunkan sebagai balasan untuk segala kasih sayang Ar-Rahman terhadap kita....ah...jijiknya sikap kita terhadap Pencipta.....Subhanallah....inikah balasan kita pada Sang Pencipta yang menciptakan kita sejurus mengurniakan segala macam nikmat yang tidak terkira buat kita...???

Subhanallah..layakkah kita untuk menghuni taman-taman syurga yang dikelilingi segala macam kenikmatan dan keindahan yang tak mungkin secebispun bisa kita perolehi di dunia fana ini....sungguh kerdil dan hinanya diri kita ini....namun sahabat...sedarilah..dan yakinlah bahawa pintu taubat sentiasa terbuka buat hambaNya yang betul2 berazam untuk kembali ke pangkal jalan....menyinari jalan yang gelap dengan NUR KEIMANAN..ameen...InsyaAllah..letaklah segala pengharapan padaNYa....hanya dia yang mengetahui segala isi hati hamba-hambaNYA.....Semoga sisa-sisa hidup yang masih berbaki ini...bisa kita gunakan untuk mengisi kekosongan jiwa dan hati kita dengan alunan irama indah KALAMULLAH.&.ZIKRULLLAH....malah..bisa untuk kita sirami dan bajai hati kita dengan air mata keinsafan.....atas segola dosa dan tittik-titik hitam yang pernah kita taburi pada hati kita.....Semoga kita akan ditempatkan bersama-sama mereka yang menyinari hidupnya dengan NUR ISLAM......INSYAALLAH....Ameen...

fatayat

Sahabat…
Di medan tarbiyyah inilah kita dipertemukan..,
Tanpa pernah kita impikan…
Apatah lagi merancang…,
Akan ikatan sebuah persahabatan…
Bertunjangkan Aqidah Islam…
Kerna ia adalah suatu ketentuan…

Sahabat…
Ketahuilah bahawa…
Aku amat bersyukur sekali…,
kerna dipertemukan dengan kalian…
Untukku mengenali…,
Erti sebuah PERSAHABATAN…


Sahabat…
Dulu,
seringkali kita bertikam lidah,
Apatah lagi tidak bercakap sepatah..
Tapi,hari ini…
kita sudah berubah..,
Kerna kita sedar akan erti UKHUWWAHFILLAH…,


Sahabat…
Telah banyak perkara kita harungi bersama…,
Suka,duka,
Gurau senda,
Gelak ketawa,
Tangis hiba,
Semua nya mainan biasa…
Buat kita yang berada di medan tarbiyyah…
Agar menjadi insan solehah,mukminah juga mutmainah…,
Kerna kita yakin akan janji NYA buat MUJAHIDAH….…


Sahabat…
Telah banyak kita pelajari…
Untuk menjadi insan yang diredhai..
Oleh itu sodiki…
Akurlah pada perpisahan ini…
Untuk perjuangan yang suci…


Sahabat….,
Sapu lah air mata kesedihan…,
Untuk sebuah perpisahan…,
Demi meneruskan perjuangan…,
Ditempat yang berasingan…,
Untuk kembali berjuang…,
Demi ISLAM yang DIJULANG…..
Agar terpancar senyuman…,
Untuk KEMENANGAN ISLAM…
TAKBIR!!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!



ku dedikasikan puisi ini buat sahabat seperjuangku...sahabat,kalianlah penyinar hidupuku...selamat berpisah sahabatku...selamat berjuang sahabat...

fatayat

Bismillahirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Dengan Lafaz Mulia lagi Suci ini..ku titipkan rasa Syukurku padaMU Ya Allah...kerna telah menemukan aku dengan insan-insan yang amat berharga dalam hidupku....Terima kasih Ya Allah..kerna memberiku ruang untuk belajar dan mengenal erti sebuah PERSAHABATAN...persahabatan yang didasari dengan aqidah..insyaallah...sebuah persahabatan yang tak mungkin dapat ku lupai walau sekelip mata...persahabatan yang mana menyedarkanku akan tanggungjawabku sebagai HambaNYa..persahabatan yang dihiasi dengan segala macam peristiwa suka,duka,susah,senang.gelak ketawa,senyuman dan tangisan dalam mengharungi kehidupan sebagai MUJAHIDAH... Ya Allah, insan-insan ini telah banyak mengajarku erti sebuah keikhlasan dalam bersahabat...sehingga kadangkala ku tidak pernah merasakan puas bersama mereka... Ya Allah..tidak pernah ku merasai manisnya bersahabat....sehinggalah KAU menemukan ku bersama insan-insan ini....yang telah menghadiahkan ku sebuah kemanisan berukhuwwah keranaMU YA RABB...Terima Kasih Ya Allah..., Namun begitu...setiap pertemuan akan wujudnya perpisahan...itulah realiti kehidupan ini...sama ada kehilangan yang berpanjangan atau hanya sementara cuma... Tanggal 29 june 2010...itulah saat yang paling sukar untuk ku lalui...teramat sukar untuk aku melepaskan insan-insan ini...namun apakan dayaku...masih ada tugas yang harus mereka perjuangkan....seperti kata sahabatku...ukhuwwah itu bukannya terletak dihadapan mata..tapi dihati kita....kita tidak berpisah..tapi kita perlu meneruskan perjuangan yang masih belum selesai....malam itu...kami bertemu untuk terakhir kalinya sebelum masing2 menyambung pelajaran ke kampus masing2...malam yang begitu syahdu yang diakhiri dengan air mata kepiluan tanpa diundang....malam yang tak mungkin dapat kulupakan...betapa sakitnya untuk berpisah dengan sahabat yang berukhuwwah kerana Allah....amat menyedihkan lagi apabila dikenangkan akan pengorbanan mereka untuk ISLAM...tak mampu untuk aku mengikuti jejak mereka....namun sahabat...ketahuilah...akan kami pegang amanahmu...akan kami laksanakan tanggungjawab kami disana nanti....beradalah kalian disini dibawah lindungan dan rahmatNYA... Sahabat...akan ku akur dengan perpisahan sementara cuma ini....demi ISLAM yang dicinta..untuk kita bertemu kembali...disuatu hari nanti...demi ISLAM yang diredhai.... Terima Kasih Ya ALLah,akan pertemuan dan perpisahan ini.....pimpimkanlah kami dijalanMU ini..agar kami terus istiqomah dalam mengharungi segala ujianMU di medan perjuangan ini...Ameen...SELAMAT BERJUANG SAHABATKU....



Related Posts with Thumbnails