fatayat

Aku cemburu kepadanya yang memiliki hati setipis sutra,
yang jika dibacakan Qur’an kepadanya maka ia pun menangis


Aku cemburu kepadanya yang kaya nan dermawan,
yang jika melihat kesusahan orang lain maka ia pun memberi

Aku cemburu kepadanya yang miskin nan jujur,
yang jika digoda dengan harta haram nan melimpah maka ia pun menolak

Aku cemburu kepadanya yang rupawan nan tawadhu’,
yang jika dipuji terus menerus maka ia pun bersyukur kepada YANG MEMBERIi

Aku cemburu kepadanya yang buruk nan tabah,
yang jika dihina terus menerus maka iapun bersyukur kepada YANG MEMBERI

Aku pun cemburu padanya yang kuat nan berwibawa,
yang mampu melindungi yang lemah dan melawan yang salah

Aku juga cemburu padanya sang pemimpin yang bijaksana,
yang mampu memimpin rakyatnya menuju kesejahteraan dan keadilan.

YA ALLAH..JADIKANLAH AKU HAMBAMU YANG BERGUNA DAN BERMANFAAT, BUAT INSANYANG BERADA DI SEKILILINGKU YA ALLAH..
ANDAI DICAMPAKKAN KELAUT
,AKAN MENJADI SEBUAH PULAU YANG INDAH DAN CANTIK,
ANDAI DIHUMBAN KE SUNGAI,
AKAN MENJADI TEBING YANG KUKUH ,
ANDAI DITINGGALKAN DIHUTAN BELANTARA,
AKAN MENJADI GUNUNG YANG TINGGI.....

fatayat



Setitis embunan yang jernih
Di hujung dedaunan bersih
Kemilau warnanya bagaikan
Permata disuluh cahaya

Dinginnya menyentuh di jiwa
Menyingkap jendela hati
Itulah setitis hidayah
Membasahi gersang di jiwa

Nurnya bagaikan sinar mentari di hening pagi
Lembut dan dinginnya menusuk ke sanubari
Ia seumpama lentera di kamar diri
Terungkai segala kusut tertegak kebenaran

Tanpa mengira bangsa warna dan rupa
Tertebar petunjuk ke seluruh buana
Islamlah manusia walau di mana jua
Di timur barat selatan dan utara

Hitam putih dan kuning Islam bersaudara
Yang menyatukan semua hanya embun hidayah
Damai seluruh dunia Aman alam semesta
Embun hidayah anugerah ALLAH

Hidayah hak milik Tuhan
Kurnia tiada tara
Meniti menerusi lidah RasululLah
Zaman terus beralih
Musim terus berubah
Embun hidayah akan terus melimpah
Embun hidayah anugerah ALLAH
Label: 0 ulasan | edit post
fatayat

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1) Yang pertama dit
ulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu
menulissesuatu, maka tulisl
ah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu
dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)
3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke
arah
barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan
terlempar semua syaitan.4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang
sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan
di
atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga nerakaada
19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah
kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akanmengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segaladosa
kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung
kepadanya.
10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran,
maut mendadak dan bala.
11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta
naiklahkeberanian dan kehebatan kepada si pembaca.






Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."
fatayat
DAPATKAN ALBUM TERBARU HIJJAZ DIPASARAN SEKARANG!!! MENAMPILKAN 11 LAGU YANG HEBAT... JANGAN KETINGGALAN...
GURINDAM BERKASIH
EMBUN HIDAYAH
SATU AMANAH
SYUKUR PADAMU
RATU NIL (YUKABID)
NERACA DIRI
ALA BALADI
ENGKAU INSAN SEMPURNA
KEKASIH AGUNG 1431
ISLAM,IMAN DAN EHSAN
KALIMAH UTAMA...
fatayat

Asalamualaikum whb..... coretan ini khas untuk semua..yang ingin menyambung pelajaran ke bumi anbiya'..

Sebagaimana antum semua tahu bahawasanya Ardul Kinanah ini bumi yang penuh barakah...
Jadi..untuk ke sana perlu kita semua persiapkan diri dari pelbagai aspek... dari niat kita yang utamanya..sehinggalah kepada kewangan yang diperlukan untuk menampung sara hidup disana...Tapi..jgn dkhuatiri akan kwangan kerana,..andai niat kita betul2 ikhlas untuk menmba ilmu Allah Taala demi masa dpan islam..InsyaAllah...DIA akan memprmudhkan pjlanan kita semua...InsyaAllah..... Dsini ana bawakan untuk antum semua berkenaan Imtihan Qabul.....

IMTIHAN QABUL

Published on Sunday, April 4, 2010 in imtihan qabul

Sebuah peperiksaan mengejut telah diadakan pada tahun 2009 buat pertama kalinya untuk para pelajar Malaysia, Imtihan ini akan diadakan sebelum seorang mahasiswa itu layak memasuki kuliah yang dikehendaki .

Sekiranya pelajar tersebut tidak berjaya melepasi peperiksaan ini, beliau dikehendaki untuk memasuki kelas persediaan selama setahun di Kaherah.

Oleh itu, saya mengharapkan agar para calon mahasiswa Al-Azhar dapat bersedia dengan kemungkinan diadakan lagi imtihan ini pada tahun 2010 dan berikutnya.DSC00183 (2)

Peperiksaan ini menguji 3 aspek : 1) Ilmu yang dipelajari di STAM 2) Mendengar dan menulis 3) Bercakap dalam bahasa arab


Namun begitu, janganlah para calon mahasiswa bimbang kerana, soalan yang dikemukakan itu tidaklah terlalu payah dan tidak juga terlalu senang, Universiti Al-Azhar telah menilai peperiksaan ini dengan sebaik mungkin.

Bagi saya, saya merasai keputusan mengadakan Imtihan ini adalah keputusan yang terbaik. Cuba anda bayangkan.. jika anda berjaya memasuki Al-Azhar tanpa mengetahui bahawa anda belum ada kemahiran Mendengar percakapan pensyarah, memahami bahasa arab, dan bercakap dalam bahasa Arab, anda pastinya akan gagal dalam peperiksaan tahun pertama , dan telah mengalami kerugian selama satu tahun,
Keputusan peperiksaan tersebut dibahagikan kepada 3 : 1) Najah - Lulus dan layak memasuki Universiti Al-Azhar tanpa syarat 2) Daurah Saifiyyah - Lulus dan layak memasuki Universiti Al-Azhar dengan syarat perlu mengikuti kursus bahasa yang disediakan oleh Al-Azhar semasa musim cuti semester. 3) Rasib - Gagal.

jika anda tidak lulus didalam ujian tersebut, anda akan diasah dan dididik den
gan teliti oleh para pensyarah Al-Azhar dan anda akan mengalami satu tahun yang bermakna dan berguna..

Tetapi jangan pula mengharapkan kegagalan dalam ujian tersebut, kerana anda amat beruntung jika berjaya melepasi ujian tersebut kerana anda telah berjaya menjadi seorang Mahasiswa Al-Azhar.

untuk mengetahui lebih lanjut..layarilah..http://al-azhar-university.blogspot.com
fatayat

YUKABID adalah ibu kepada Nabi Musa. Yukabid mengandungkan Musa ketika Firaun memerintahkan anak lelaki kaum Bani Israel dibunuh kerana bimbang anak lelaki akan menentang dan mengambil kekuasaannya.

Suatu ketika, Yukabid mendengar perintah Firaun itu. Alangkah sedihnya hati Yukabid kerana dia sedang sarat mengandung waktu itu. Yukabid terpaksa bersembunyi sahaja di rumah agar kandungannya tidak diketahui orang.

Sehinggalah tiba masanya, Yukabid pun melahirkan anaknya. Alangkah terkejutnya dia apabila anak yang dilahirkannya itu adalah anak lelaki.

Walaupun berasa takut dengan perintah Firaun, seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan nyawa anaknya itu. Dia tidak mahu anaknya itu menjadi korban undang-undang yang diperintahkan oleh Firaun yang zalim dan kejam.

Yukabid berjaya merahsiakan kelahiran Musa selama tiga bulan daripada pengetahuan Firaun dan tentera-tenteranya.

Walau bagaimanapun, hatinya tidak pernah tenteram melihat
anaknya yang semakin membesar. Dia risau akan keselamatan Musa. Dalam kerisauan itulah, Allah Yang Maha Berkuasa telah memberi ilham kepada Yukabid agar membuat sebuah peti. Lalu Allah SWT memerintahkan agar Musa dimasukkan ke dalam peti dan dihanyutkan ke Sungai Nil.

Dengan hati yang tenang dan sabar, maka Yukabid pun menghanyutkan Musa ke sungai Nil seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT kepadanya. Peti itu dihanyutkan oleh arus sungai sehingga sampai ke istana Firaun.

Kebetulan pada hari itu, Asiyah permaisuri Firaun sedang bersiar-siar bersama dayang-dayangnya. Ketika sedang bersiar-siar itu, Asiyah menyuruh dayang-dayangnya mengambil sedikit air dari Sungai Nil. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ada sebuah peti di sisi kaki mereka. Lalu diambil peti itu dan dibawakan kepada Asiyah.

Maka Asiyah terus membuka peti itu dan dilihatnya da seorang bayi
di dalamnya. Apabila melihat akan wajah bayi itu, timbul rasa cinta dan kasih dalam hatinya terhadap bayi itu. Asiyah mengambil bayi itu dan dibawanya pulang istana.

Tiba sahaja di istana, Asiyah meminta keizinan Firaun untuk membela bayi itu. Pada mulanya Firaun tidak mengizinkan Asiyah mengambil bayi itu tetapi setelah dipujuk, akhirnya Firaun bersetuju.

Setelah mendengar tangisan kehausan bayi itu, Asiyah berasa kasihan lalu disuruhnya Firaun mencarikan seorang wanita yang dapat menyusukan bayi itu. Akan tetapi seorang demi seorang wanita yang datang untuk menyusukan bayi itu telah ditolak oleh
bayi tersebut.

Bayi itu tidak mahu disusukan oleh mereka sehinggalah berita ini diketahui oleh saudara Musa, Mariam. Lalu Mariam datang ke istana dan memberitahu kepada dayang-dayang Asiyah bahawa dia boleh membawakan seorang ibu yang boleh menyusukan bayi itu.

Mendengar sahaja berita daripada dayang-dayang itu, Asiyah memerintahkan agar bayi itu dibawa ke rumah Yukabid.

Yukabid menyambut anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Bayi itu terus minum susu ibunya sehingga kenyang. Alangkah seronoknya hati Yu
kabid. Allah SWT telah mengembalikan anaknya, Musa kepadanya kerana kesabaran dan ketabahan mengikut perintah-Nya.




Khabar itu merusuh jiwa
Titah yang dicerca semesta
Si kecil bergelar lelaki
Bakal korban si derhaka

Resahmu bertukar debaran
Ketika bergema ketukan
Di mana nak kau sembunyikan
Tubuh kecil tak berdosa

Alam bagaikan membisu
Arus Sungai Nil pun mengalir lesu
Mendengarkan tangismu
Saat menyaksikan
Bayimu yang hanyut bersendirian

Duka tak terbanding kata
Dan halus nalurimu terdera
Sungguh kerinduanmu hebat terduga

Teguhlah ibu yang mulia
Berpegang pada satu percaya
Berpisah bukan selamanya
Janji-Nya bukan dusta

Tika dipanggil ke istana
Lengkaplah kisah kasih yang sempurna
Bayimu kehausan
Lalu kau susukan
Menitis airmatamu kesyukuran

Nyatalah janji Yang Esa
Terpisah ‘tuk bertemu semula
Kau genggam kembali jemari kecilnya

Walau diam dalam rahsia
Terpujuk sudah hati yang hiba
Yang dirindu kini kau dakap bahagia

Yukabid engkau tamsil cinta
Lambang tulusnya kasih ibunda
Pengorbanan yang tiada mula
Dan tiada hujungnya








fatayat




Allah Ta'ala berfirman"Tidak akan sesekali redha orang yahudi dan nasrani sehinggalah kamu mengikut jejak (gaya hidup) mereka.”
Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897

Sedarilah saudaraku sekalian…sebenarnyer kita sudah lama dibodohi oleh yahudi laknatullah. Pelbagai perkara telah mereka rancang dan jalankan untuk memesongkan akidah umat islam tanpa kita sedari…. Nauzubillah… ini kerana ketidakcaknaan kita (sebagai umat islam) terhadap semua perkara dalam kehidupan kita…dari segenap sudut..sama ada pemakanan,pakaian,hiburan,perayaan dan sebagainya…

Disini ana paparkan beberapa fakta yang ana copy dari laman web tertentu buat tatapan antum semua..Mungkin sudah ramai dikalangan antum, mengetahuinya..Alhamdulillah… Tapi xpe..jadikan ia sebagai peringatan kepada ana dan antum semua…kerana kita sentiasa lupa..(manusia berasal drpd perkataan an-nisyan…yakni lupa) Maka tepatlah sebuah ungkapan yang berkata: “insan ashluhu nisyan”, asal kata insan adalah `an-nisyan (alpa). Ungkapan lain mengatakan: “insan mahallul khato wan nisyan”, pada diri manusia itu tempatnya salah dan lupa.Sama-sama kita pohon pada Yang Maha Esa agar sentiasa diberi ingatan yang kuat agar tidak tergelincir dari landasanNya..InsyaAllah…


1.DI SEBALIK TARIAN POCO-POCO

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini. WALLAHUALAM..


2. DISEBALIK VALENTINE DAY

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang
paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu
Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di
Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu
Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14
Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan
kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari
Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan
14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewidewi
Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu
perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut,
nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.
Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih
akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine
dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh
Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan
semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam
peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah
mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.
Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang
akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14
Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol
ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka
14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai
upacara keagamaan.


Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama
seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu
Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di
tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat
untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu
kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan
rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang
tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi
sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil
keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka
Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan
14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah
sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini
sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya
meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang
melibatkan aqidah Islam.

Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai
identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu
penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta
tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan
umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan
akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.;

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat
lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman,
hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri
bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal
melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan
Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

3. DISEBALIK LAGU IKLAN DIGI

Salah satu iklan yg rasa2 lucu kat dlm TV sekarang (org pakai sut kuning mcm bodoh) menggunakan lagu GEREJA dalam iklan tersebut... . Iklan tersebut telah mempengaruhi masyarakat kita dengan menyanyikan lagu tersebut secara tidak sedar kerana cuba mengikut rentak lagu GEREJA tersebut... dipetik " KU KAN MENGIKUT MU, KEMANA SAJA KAU PERGI" or dlm bahasa INGGERIS, "I'm gonna follow him" "HIM" merujuk kepada ISA @ JESUS... . Hal ini sedikit sebanyak telah memesongkan akidah umat ISlam secara halus melalui pengaruh Iklan dan lagu tersebut..Ramai yang tidak sedar akan hal ini dan mengatakan iklan tersebut best atau pun lucu... tapi sebenarnya itulah strategi org kafir utk menghancurkan agama ISLAM... semoga kita sedar dan dpt menghindari hal ini secara lebih tegas!!!

4.DI SEBALIK KARTUN POKEMON
Antara beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun ini ialah:. (Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa siryani (lughah siryaniiyah).

POKEMON - saya y
CHARMANDER - ALLAH itu x ... (SUBHANALLAH!)
PIKACHU - jadilah seorang y..

Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat. Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun pokemon ini dicipta oleh yahudi, itu boleh diterima. sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. tapi kali ini terbukti bahawa yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama pokemon. Maka ana menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini.

Note : saya tukar perkataan tertentu menjadi y dan x. WALLAHUALLAM…


Semoga apa yang ana paparkan ini dapat antum sebarkan pada umat islam yang masih belum tahu..agar kita semua kembali sedar dari dibuai indah oleh yahudi laknatullah… Sama-sama lah kita bergerak…bergerak untuk menyebarkan dakwah islam agar kita semua dapat mengecapi hidup dalam ‘keindahan’ islam yang sebenarnya…bukannya dalam ‘kepalsuan’ islam yang dicipta oleh manusia…Allahuakbar…
“JANJI ALLAH ITU PASTI”
SUATU HARI NANTI,
ISLAM AKAN TERTEGAK ATAS MUKA BUMI INI,
NAMUN…
ADAKAH KITA TERGOLONG DALAM ORG2 YANG MENEGAKKANNYA??iNSYAALLAH
@
KITA TERGOLONG DALAM ORG2 YANG MENGHANCURKANNYA???NAUZUBILLAH
Related Posts with Thumbnails